Nak meluah sahaja 😢

Hi semua. Nak meluah dan nak comfort words sikit dari ibu ibu semua. Tadi saya ada bincang kewangan family dgn husband. Lately ni memang mcm sesak sikit sebab komitmen untuk anak sulung + tgh preggy 2nd baby 20w. Nak prepare barang utk bersalin lagi nanti. Tetiba suami saya cakap "susah camni, u gi cari duit sendiri la" and terus tarik selimut tidur. Allah macam kena siat hati. Tersentak dengar, airmata pun keluar tak keluar je sebab terkejut sangat. Btw saya memang bekerja dulu. Tp lepas pregnant anak sulung saya resign sebab alahan teruk and sampai sekarang tak kerja. 100% depends dekat suami. Saya memang rasa saya ni beban sbb tak membantu pape dari segi duit. Dia pun selalu puji wife kawan2 dia yg bekerja dan gaji besar. Indirectly nak cakap yang saya takda income so sebab tu cukup cukup makan je. Tapi tak sangka tadi dia terus cakap camtu. Sakit dada nak tidur pun tak boleh selagi tak meluah sebab tak tahu nak cerita kat siapa 😭 Ada tak dekat sini housewife yang buat duit dekat rumah? Boleh share? Sbb saya rasa nak kena cari duit juga, rasa diri ni beban sangat dah...

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Antara yang saya dapat cadangkan adalah : 1. Affiliate / Agent 2. Jual design dari Canva 3. Mengasuh 4. Carousel / FB Marketplace (jual barang elok tapi tak pakai yang ada di rumah) 5. Berniaga makanan? *Jangan kena scam dgn ads merata pasal kerja. 1 dan 2 ni memerlukan kreativiti, follow kelas (untuk lebih faham), maybe juga modal rm100 ke bawah dan pengorbanan masa. Ya pengorbanan masa :') Dan sejujurnya tak ada pendapatan tetap berapa boleh dapat setiap bulan. AND tahu kerja part/full time susah nak dapat especially masa pregnant melainkan rezeki awak dapat company/peniaga berempati tinggi (insyaAllah). Dari saya yg juga hampir sebiji dari kes awak (1 anak + tengah preggy), pengorbanan saya ialah ikat perut, duduk rumah. Makan proper masa makan dgn suami je. Selebihnya biskut dan roti, cekodok, maggi (serba ada :') ), brg keperluan langsung tk beli melainkan pantyliner dari kedai rm2, skincare pun guna suami punya/tak pakai/pakai sabun mandi. TAPI faham, kemampuan org lain-lain. Ini cara saya yg saya mampu. Jangan sedih ya, kuat untuk diri, kuat demi anak dan kuatlah demi Allah swt. Kita isteri adalah pejuang. Inilah saham kita. Usaha yg termampu, iring dgn doa dan percaya Allah swt PASTI cukupkan. Kalau tak berjaya dapatkan income/kerja, jgn rasa diri gagal/beban. Itu hanya perspektif manusia. Apa apa, bismillah. Semoga berjaya dunia akhirat!

Baca lagi