Nak meluah sahaja 😢

Hi semua. Nak meluah dan nak comfort words sikit dari ibu ibu semua. Tadi saya ada bincang kewangan family dgn husband. Lately ni memang mcm sesak sikit sebab komitmen untuk anak sulung + tgh preggy 2nd baby 20w. Nak prepare barang utk bersalin lagi nanti. Tetiba suami saya cakap "susah camni, u gi cari duit sendiri la" and terus tarik selimut tidur. Allah macam kena siat hati. Tersentak dengar, airmata pun keluar tak keluar je sebab terkejut sangat. Btw saya memang bekerja dulu. Tp lepas pregnant anak sulung saya resign sebab alahan teruk and sampai sekarang tak kerja. 100% depends dekat suami. Saya memang rasa saya ni beban sbb tak membantu pape dari segi duit. Dia pun selalu puji wife kawan2 dia yg bekerja dan gaji besar. Indirectly nak cakap yang saya takda income so sebab tu cukup cukup makan je. Tapi tak sangka tadi dia terus cakap camtu. Sakit dada nak tidur pun tak boleh selagi tak meluah sebab tak tahu nak cerita kat siapa 😭 Ada tak dekat sini housewife yang buat duit dekat rumah? Boleh share? Sbb saya rasa nak kena cari duit juga, rasa diri ni beban sangat dah...

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sama macam sy, sy pun berhenti lpas ada anak 1st ni. rndu nak pgg duit sendiri kdang klau dah burnout nges sorg2 rasa lemah sgat 10rgit pun fikir byak kali nak beli ke tak. nak mntak apa2 kat husb pun fikir byak kali xnak susahkan dia. kdang ada ja husb tercakap takpa awk pi kerja mai saya jaga. tp diaorg xmampu sis, kita xkan boleh tdur selagi ank tak tdur si bapaknya dah berdengkur awal2. sy mmg bubuh terus kata boleh jaga 🙄 takat nak cari duit kita prempuan pun boleh zaman skrg ni cuma tak harap org lain jaga anak ja.. so klau sis dgn husb jenis mlawak kasar sikit hehe perli2 lar dia baru dia nampak

Baca lagi
4mo ago

lagi satu sis try jual barang2 pre love dekat carousel kalau ada.. atau cari brang baby dekat situ..