Nak meluah sahaja 😢

Hi semua. Nak meluah dan nak comfort words sikit dari ibu ibu semua. Tadi saya ada bincang kewangan family dgn husband. Lately ni memang mcm sesak sikit sebab komitmen untuk anak sulung + tgh preggy 2nd baby 20w. Nak prepare barang utk bersalin lagi nanti. Tetiba suami saya cakap "susah camni, u gi cari duit sendiri la" and terus tarik selimut tidur. Allah macam kena siat hati. Tersentak dengar, airmata pun keluar tak keluar je sebab terkejut sangat. Btw saya memang bekerja dulu. Tp lepas pregnant anak sulung saya resign sebab alahan teruk and sampai sekarang tak kerja. 100% depends dekat suami. Saya memang rasa saya ni beban sbb tak membantu pape dari segi duit. Dia pun selalu puji wife kawan2 dia yg bekerja dan gaji besar. Indirectly nak cakap yang saya takda income so sebab tu cukup cukup makan je. Tapi tak sangka tadi dia terus cakap camtu. Sakit dada nak tidur pun tak boleh selagi tak meluah sebab tak tahu nak cerita kat siapa 😭 Ada tak dekat sini housewife yang buat duit dekat rumah? Boleh share? Sbb saya rasa nak kena cari duit juga, rasa diri ni beban sangat dah...

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Buat affiliate dekat tiktok sis . Sy pn buat affiliate je sekarang . Gaji tiap bulan lebih banyak dari yg kerja ofis ☺️ jangan stress2 tau. Ada rezeki awk dan anak 😘

4mo ago

Awk boleh search cara2 jadi affiliate dkt tiktok.. kalau malu tkperlu tunjuk muka. Buat video biasa saja tunjuk produk je..