Nak meluah sahaja 😢

Hi semua. Nak meluah dan nak comfort words sikit dari ibu ibu semua. Tadi saya ada bincang kewangan family dgn husband. Lately ni memang mcm sesak sikit sebab komitmen untuk anak sulung + tgh preggy 2nd baby 20w. Nak prepare barang utk bersalin lagi nanti. Tetiba suami saya cakap "susah camni, u gi cari duit sendiri la" and terus tarik selimut tidur. Allah macam kena siat hati. Tersentak dengar, airmata pun keluar tak keluar je sebab terkejut sangat. Btw saya memang bekerja dulu. Tp lepas pregnant anak sulung saya resign sebab alahan teruk and sampai sekarang tak kerja. 100% depends dekat suami. Saya memang rasa saya ni beban sbb tak membantu pape dari segi duit. Dia pun selalu puji wife kawan2 dia yg bekerja dan gaji besar. Indirectly nak cakap yang saya takda income so sebab tu cukup cukup makan je. Tapi tak sangka tadi dia terus cakap camtu. Sakit dada nak tidur pun tak boleh selagi tak meluah sebab tak tahu nak cerita kat siapa 😭 Ada tak dekat sini housewife yang buat duit dekat rumah? Boleh share? Sbb saya rasa nak kena cari duit juga, rasa diri ni beban sangat dah...

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy pun surirumah yg xada buat income jugak.. tp kami laki bini cuba amalkan jimat cermat.. contoh mcm bil api elektrik semua tu, mcm lampu kipas terus off klu xde org guna.. mmg membantu jugak sbnrnya.. bil api rumah sy setakat berjimat ni bwh rm30 je alhamdulillah.. pastu bab makan pulak, kami laki bini mkn lauk biasa2 je.. sekali masak 1 jenis lauk je.. masak pun menu ringkas2 je yg x guna byk bahan.. kira jimat la jgk.. klu masak menu yg guna byk bahan, duit pun nnt mesti byk keluarkan. haha so cmtu lah. kalau teringin mkn sedap2, sy tgu makan kat kenduri je tu pun kalau ad jemputan.. cmtu la sis.. sy xdpt nk tambah income suami, tpi sy cuba kurangkan duit yg keluar

Baca lagi