Rasa penat burn out

Hi semua mommys, pernah tak korang rasa burn out sampai rasa fedup masa pregnant? Mcm mna nak motivate diri ye? Sbb sy kbykkn rasa down, burn out, penatttt sgt sbb hadap alahan byk makanan x dapat masuk, tido pun susah, HB rendah stiap 2 minggu nak cucuk ambik darah.. and mcm2 lagi smpai rasa mcm taknak pregnant lagi mcm sengsara lah mcm ni smpi pandai nangis tibe2 sebab rasa mcm penat sgt fizikal mental 😭😭😭😭😭 btw sy baru 3 bulan pregnant & first child..

29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama sis. Sy rasa mcm ape yg sis rasa. Sy 1st time mom, 1st baby, umur dah lanjut 38 tahun baru pregnant sbb kahwin lewat. Badan mmg tak kuat mcm dulu, bila pregnant, rasa lg bertambah2 lemah. 1st trimester penat layan mcm2 alahan, pening, mual, mabuk kereta, lemah, lesu semua ada. Masa mula2 pregnant, husband tiap2 hari marah sy sbb rumah tak terurus, ckp sy malas, padahal kita mmg tak boleh buat keje rasa lemah sgt. Family mertua pulak ckp jgn ikut sgt badan, suruh lawan. Masuk 2nd trimester, sy diuji dibehentikan keje sbb alasan sy pregnant sbb sy masih belum confirm. Pdahal masa sy masuk keje sy belum pregnant lg masa tu. Diuji dgn masalah kewangan yg teruk. Skang dah masuk 3rd trimester, 31week sy diuji alahan satu badan naik gatal2, kena psoriasis. Gatal yg tak tahan sgt. Heartburn, mkn sikit gastrik, mkn byk heartburn, tak boleh tido malam, sakit pelvic. Kdg sampi satu tahap mmg giveup sgt, fedup mcm2 ada especially tak boleh tido mlm sbb gatal ya amat. Org suruh sy tahan garu, mcm mane nak tahan garu kalau dah gatal teramat. Hb low dr awal pregnant sampai sekarang, ubat takyah ckp mcm2 mkn, penah drip masuk ubat, tp tetap tak naik. Bila rasa nak nangis, sy nangis je. Org ckp jgn nangis nnt emosi baby terganggu. Tp kita tak boleh kontrol. Kalau sy rasa lemah, tak kuat, sy nangis sambil usap perut baby. Luahkan kat baby. Baby pun mcm memahami, bila sy luahkan sentiasa rasa pergerakan dia. Sy bertahan kerana baby. Sbb sy sentiasa fikir ve, dgn umur lanjut mcm ni, Allah kurniakan rezeki anak. Jadi jgn sia2kan amanah yg Allah bagi. Alhamdullilah husband dah byk berubah bila dia tau keadaan sy. Dr seorg yg tak reti buat keje rumah, skang ni pelan2 dia byk tlg sy. Dr seorg yg tak penah peduli perasaan sy, skang dia lah yg paling byk mengalah. Dia lah support system sy bila sy down. Kalau gaduh pun, kami tak gaduh lama sbb dia tau emosi sy akan terganggu dan automatik sy nangis. Cepat2 dia pujuk sy. Semoga mummy dan mummy2 lain kuat hadapi semua ni. Doa tiap2 hari kat Allah supaya diberikan kekuatan menghadapi segala dugaan dan ujian sewaktu mengandung ni. Allah nak angkat darjat kita. Insha Allah, sentiasa percaya, Allah takkan uji seseorang melebihi kemampuan hambaNya. ♥️

Baca lagi
10mo ago

kita sebaya sis sya pun 38y.. mmg ada beza masa mengandung anak pertama dan ke2 masa tu umur belum capai 30y... tp skrg mmg rasa lain bila preg umur 30 lebih ni.. penatnya lain macam.. sya doaka sis dan baby d permudahkan segala urusan