Adakah Pemakanan Punca Keguguran?

Semua buah-buahan yang sudah biasa kita makan itu ialah makanan semulajadi kurniaan Tuhan yang berkhasiat, bukannya penyebab keguguran. Toksah laaaa buat fitnah kat buah. Apa yang meningkatkan risiko keguguran ialah: 1) Usia ibu dan bapa yang meningkat (semakin tua semakin tinggi risiko keguguran), 2) Obesiti 3) PCOS 4) Pendedahan kepada asap rokok 5) Minuman beralkohol 6) Cervical insufficiency 7) Masalah Diabetes yang tidak dikawal 8)Masalah thyroid yang tidak dikawal 9) Masalah SLE atau autoimmune yang tidak dikawal 10)Penyakit buah pinggang yang tidak dikawal 11) Masalah jangkitan kuman kepada ibu 12) Keracunan makanan (jangan telan telur separuh masak, jangan telan telur mentah) 13) Caffein melebihi 150mg sehari 14) Kehamilan kembar 15) Kehamilan IVF 16) Masalah janin yang ada kecacatan yang serious seperti sindrom-sindrom. Kalau tak tahu kenapa gugur tanyalah doktor pakar O&G. Jangan salahkan buah-buahan. Jangan percaya kepada mitos. Jangan menghalang ibu-ibu hamil makan buah yang berkhasiat. Tetapi jangan pula menggunakan posting saya untuk mempromosikan produk jus-jus overclaim. Apa yang lebih baik ialah makanlah buah semulajadi yang kaya serat dan khasiat semulajadi. Jika ada diabetes, kawal diabetes anda. Tak perlu beli produk cuci rahim atau produk bersih rahim sebab TIADA rahim yang kotor. Terimakasih. Nota tambahan: untuk semua pendapat perubatan, sila tanya doktor anda di KLINIK, bukan tanya di media sosial, supaya anda tak dapat komen-komen mengarut-ngarut dari makcik bawang yang suka menyalahkan buah-buahan semulajadi berkhasiat kurniaan Allah, doula-douli yang tidak ikut SOP doula antarabangsa yang tidak membenarkan doula memberi nasihat perubatan, dan penjual produk overclaim yang dok buat kenyataan mengarut kalau beli produk dia nanti baby keluar bersih seolah-olah ada baby yang keluar kotor. Tepuk laaa dahi ??‍♀️ Boleh follow fb doctor pakar O&G https://www.facebook.com/679746658/posts/10157286409096659/

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

c

Post reply image