Dipetik dari Prof Dr. Imelda Balchin

Jangan lupa, 8 gelas air sehari. Cuba minum air kosong untuk kesihatan. Tak payah air alkali. Ibu hamil yang dok muntah-muntah tu, toksah laaa puasa, memudaratkan badan jika ada kehausan badan atau dehydration. Tahukah anda, kepekatan darah ibu yang hamil itu sudah pun lebih pekat lagi daripada wanita yang tidak hamil, jika dibiarkan mendapat dehydration, ada lebih risiko mendapat darah beku dalam saluran darah, iaitu venous thromboembolic disease (VTE). Siapakah ibu hamil yang lebih tinggi risiko mendapat VTE dan mesti mengelakkan masalah dehydrasi, dan tidak digalakkan berpuasa. 1) Ibu yang ada penyakit darah thrombophilia 2) Ibu yang perlukan suntikan ubat cair darah atau ubat warfarin 3) Ibu yang diri sendirinya pernah mendapat VTE 4) Ibu yang obese 5) Ibu yang tidak boleh berjalan 6) Ibu yang muntah-muntah atau ibu yang ada ovarian hyperstimulation syndrome 7) Ibu yang demam dan ada jangkitan kuman infection yang memerlulan rawatan antibiotik 8)Ibu yang ada kehamilan kembar 9)Ibu yang ada pre-eclampsia 10)Ibu yang kehilangan banyak protin dalam air kencing 11)Ibu yang ada penyakit barah 12) Ibu yang ada penyakit lemah jantung 13)Ibu yang ada SLE, nephrotic syndrome, diabetic nephropathy, antiphospholipid syndrome, diabetes yang tidak boleh dikawal tanpa insulin 14)Ibu yang menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam 15)Ibu yang merokok Jangan benarkan ibu yang hamil mendapat kehausan badan atau dehydrasi.

Dipetik dari Prof Dr. Imelda Balchin
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tq for sharing....