Muka, badan penuh jerawat...

Hi semua, ada tak yang ada masalah jerawat teruk waktu mengandung? Muka takyah cakap, geli tengok muka sendiri kat cermin. Penuh jerawat yang ada nanah2 tu. Suka membiak bahagian pipi, hidung, dagu. Memang tak keluar rumah saya. Bila pergi kenduri makcik2 ringan sangat mulut tanya kenapa muka kita gitu. Masuk 2nd trimester belakang badan dan atas dada pun naik jerawat banyak campur gatal2 sekali. Hilang keyakinan diri + malu dengan husband walaupun dia takde la kisah pun. Rasa macam nak tutup semua cermin dalam rumah tak nak tengok muka sendiri. Nak pakai skincare lebih2, takut effect kepada kandungan. Harap lepas bersalin kulit kembali normal :')

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama macam syaa masa pregnant anak 1st. 1-2 trimester cantik je kulit, glowing. Masuk 3rd trimester habis berjerawat muka. Berbekas hitam2 lagi macam bekas chicken pox. Hujung2 pregnancy belakang pula tumbuh jerawat padahal selama sya hidup tak pernah tumbuh jerawat kat belakang. Itu belum lagi dari awal pregnancy celah2 leher, paha, ketiak semua hitam. Sental la macam mana, memang tak hilang. Badan pun cepat berbau. Tapi lepas ja bersalin slowly semua hilang sendiri. Bekas2 jerawat yang hitam macam chicken pox pun hilang padahal tak pakai apa pun. Ketiak, leher, paha semua cerah sendiri. Sekarang pregnant anak ke-2 jarak 1 tahun ja. Sama juga. Ketiak, leher, paha semua hitam. Jerawat takde pula. Harap2 sampai bersalin la takde jerawat. Maybe pembawaan sya kot kalau baby girl. Anak 1st girl, yang 2nd ni pun girl. sama ja pembawaan anak 1st & 2nd ni. Cuma yang ke-2 ni sya aktif sikit banding anak 1st dulu. Anak 1st dulu kalau boleh nak tidur ja sepanjang masa 😂😂😂

Baca lagi

haii awakk , jangan risau tauu . saya masa pregnant pun macam tu . tiba tiba breakout teruk ya rabbi . tapi dah nak dekat bersalin , dia auto elok sendiri slow slow . ni pengalaman sayalahhh org lain tak tahuu tapi hehe cuma parut parut tu lah dia tinggal kann amik masa sikit nak bersih balik skin.. huhu baby amik seri mak nya lah orang tua tua katakann . skincare , saya memang tak pakai apa langsung masa pregnant , kecuali cleanser tu pun macam jarang . teragak nak pakai baru pakai 😂 orang tegur tegur tu biasa , kita jelah kena kuat telan sikit yang pahit tu kan . buat tak tahu jee , nanti dah bersalin okay lah tuu . jaga diri tauuu 🤍

Baca lagi

Saya masa pregnant pun mcm tu. Kawan2 saya yg pregnant cantik ja tp saya nk tngok muka sndiri pun tanak. Nk pergi mana2 pun malas sbb tak suka hadap org dgn muka mcm tu. Tp sis jgn risau masuk third trimester slow2 akan hilang. Dlm pantang muka dh bersih sbb kita jaga makn jugak. Saya masa pregnant mmg tak pakai skincare pun. Cuci muka guna cleanser sahaja. Nnti okay balik tuu. Sabar tau demi baby ❤️

Baca lagi
VIP Member

Alahan awak sama macam saya. Sy siap beli shaklee punya facial care harga dkt rm400. Sama je. Last2 sy pakai Cerave warna hijau, alhamdulillah serasi. Cuba awak try. Harga dia mmg mantap sekali tp berkesan. Kalau badan, sy pakai tea tree oil the body shop. Hilang bintik2.

VIP Member

normal puan jika alaminya..biasa dsbbkn hormon semasa hamil..ada yg glowing ms hamil..ada yg breakout mukanya tu syla pnh mengalaminya..lepas bersalin br smua ok..tp tula parut2 hitam pulak jenuh nk nunggu ilangnya makan taun😅✌🏻

Sabar ya mommy , saya pun mcm ni juga waktu megandung , jerawat muka penuh , belakanh badan penuhh jerawat + parut jerawat hmm , leher hitam rasa geram dgn diri sndiri .. tapi lepas bersalin akan ok blik .. cuma parut la take timee 🥲

Sbr ya mommy. Lain org lain pembawakan baby. Sy masa mula2 pregnant haritu naik panau dkt dada. Pstu msuk brp bulan xingt, trus hilang skin start jdi cntik balik. First pregnancy dlu pon truk jgk. Sbr ya InsyaAllah nnti dia baik sendiri

sabar ya mommy....saya pun alahan juga habis satu badan gatal2 garu2 berdarah sampai jadi kudis..huhu...tpi org ckp lps lahir..hilang lah alahan tu..

pembawakan sis orng kata. jangan risau.. enjoy je pregnancy. jangan stress ii tau. mommy tak boleh stress, kesian baby. meh saya bgi hug 🫂

saya start hujung trismter 1 smpai nk msok trismeter 3 bdn naik ruam pnas mcm jerawat tu leher.. smpai skrng suami sapu ubat blkng bdn sy