Nak tanya iberet folic 500 ni,sesuai ke untuk ikhtar hamil?

#semoga ada rezeki anak 2023...

Nak tanya iberet folic 500 ni,sesuai ke untuk ikhtar hamil?
9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kajian terbaru mengenai kelebihan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil. Folic acid sebagai supplemen tambahan kepada makanan seimbang disarankan kepada semua wanita yang ingin hamil dan pengambilan diteruskan selama tiga bulan pertama kehamilan. Folic acid TIDAK membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil. Folic acid yang mencukupi diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Kebanyakan wanita tidak boleh mendapat cukup folic acid dari pemakanan yang seimbang. Tujuan pengambilan tambahan supplemen folic acid ialah untuk mencegah kecacatan kepada otak dan saraf tunjang janin yang mula terbentuk pada awal kehamilan. Tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil telah terbukti mengurangkan kecacatan neural tube defect ini sebanyak 70% kepada anak. Sebab inilah 81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan supplemen folic acid, supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat folic acid daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil. Kemudian kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil membuktikan bahawa tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%. Sekarang maklumat terbaru menunjukkan tambahan folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat folic acid melalui gandum yang telah diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan folic acid. Di Malaysia, belum ada lagi undang-undang yang mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang diperkayakan dengan folic acid. Kajian di Malaysia menunjukkan 85 dalam 100 wanita tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka. Maka wanita Malaysia hendaklah mengambil lebih tanggungjawab diri sendiri untuk membeli supplemen folic acid jika anda tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika anda sedang berusaha menjadi hamil. Dos yang anda perlukan hanyalah sekurang-kurangnya 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan supplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada tiga bulan pertama (12 minggu) kehamilan. Anda boleh beli supplemen folic acid sendiri di farmasi, tak payah tunggu doktor bagi di klinik, sebab temujanji klinik mengandung selepas 12 minggu sudah terlambat. Folic acid ialah satu jenis supplemen, ini bukanlah ubat. Brand tidak penting, tak payah beli yang mahal. Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetric & Gynaecology Subspecialist Maternal & Fetal Medicine University Malaya

Baca lagi

Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplimen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan. Tujuan suplimen folic acid itu BUKAN UNTUK CEPAT HAMIL, bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran. Suplimen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan dan tidak pernah ada keguguran. Tujuan utama suplimen folic acid ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk yang boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD). Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hancur dan hilang, dan kemudiannya bayi ini akan dilahirkan tanpa otak. Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar. Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan perlukan fungsi otak untuk menghisap dan menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia. Begitulah kepentingannya suplimen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil. Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat. Nota tambahan: Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplimen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplimen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting. Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari. Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa.

Baca lagi
2y ago

dr page fb doctor imelda balchin. semoga bermanfaat utk awak

nie lebih kpd tambah drh bagi org hb dlm darah tu low...untuk ikhtiar hamil,sy sarankan sis beli brand himalaya speman(untuk lelaki)..dan kalau untuk perempuan if period regular..sy sarankan cuci dlman ...mkn buah baby nenas tu,then mkn y'got...suami pun boleh mkn y'got ..dan minum vitamin c 1000mg perisa orange tu...kalau ada duit lebih boleh beli suplement wanita utk kesuburan..

Baca lagi

Iberet bagus untuk amalkan sebelum kawen.. saye mase bertunang dh amalkan.. pstu mse nikah tuu saye period hari ke 5.. lps habis period saye bersama dgn suami then lps 3 hari tu terus lekat sedar2 dh 6minggu dlm kandungan saye.. awak kene tahu hari subur awak and amalkan jer iberet folic nii xde mslh pun🤗 jage kesihatan selalu

Baca lagi
2y ago

But saye bunting pelamin lah sbb period kan mse nikah

Salam sis ni utk plindungan janin, untuk ikhtiar hamil cuba tgk yg meningkatkan kesuburan. Seperti turunkan berat, pakai lubricant conceive plus contoh & tips2 tradisional lain. Smoga dpermudahkan urusan kita berdua. Saya pun baru nak mula TTC

2y ago

semoga urusan awak dipermudahkan❤️. semoga awak dikurniakan zuriat tepat pada waktunya

Sis , pergi farmasi , cakap nak folic acid . Murah saja . Warna kuning biji kecil2 . Makan yg tu pun dah okey .

iberet ni untuk tmbh darah..isi kandungan mmg ada folic asid...kalau tak silap nk kepastian bater tanya doktor

apa pun yg ada folic acid, sesuai utk ikhtiar. semoga berjaya

2y ago

jdi boleh la yee..mkn iberet ni..sy bru nk cuba mkn..

bukan makan bagi subur pun..