Janin tidak nampak semasa scan USG pada minggu ke-8

Semasa saya scan USG pada minggu ke-8, doktor maklumkan janin tidak nampak dan kemungkinan kehamilan tak berjaya. Saya baca pengalaman ibu hamil yg lain, ada yg serupa dan katanya janin mula nampak dalam 8-12 minggu. Adakah kandungan saya ada peluang untuk berjaya? Setakat skrg, belum ada pendarahan dan saya mendoakan kehamilan ini berjaya.

Janin tidak nampak semasa scan USG pada minggu ke-8
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis, saya pernah share pengalaman pregnancy saya macam sis dalam ni. Sama lah masa 8w pon doktor scan kantung tak nampak janin. Masa 5w saya ada spotting sikit so jadi risau juga kot janin tak jadi. Masa 12w saya buat TVS scan baru nampak janin dah heartbeat. Itu pon saiz janin saya baru besar 10w masih ketara 2w dari tempoh EDD. Lama sikit bila scan lagi alhamdulillah perbezaan saiz janin dan edd cuma 3 hari ja. Baby berkembang dengan baik. Now saya dah 37w 4d. In syaa Allah ada harapan kandungan sis selamat selagi mana takda tanda2 ancaman keguguran yg serius. Moga sis dan baby sihat 🥰

Baca lagi
1y ago

Sama2. Nanti 12w request TVS Scan di klinik yer.. TVS scan ni lebih jelas. Saya jenis rahim kebelakang doktor cakap. Kalau nak scan masa awal2 tu agak susah nak cari kantung. Bila baby dah makin besar ja baru mudah nak scan. Saya faham perasaan sis yang tengah risau dan sedih sekarang. Saya pon rasa macam tu bila doktor cakap kemungkinan kandungan saya tak menjadi. Saya dengan suami down sangat2 sampai saya buat nazar kalau scan pada 12w nanti nampak kantung saya nak selesaikan hutang kawan saya yg dikategorikan sebagai asnaf. Alhamdulillah saya berjaya tunaikan nazar tu. Now tunggu masa ja nak bersalin so terus kuat ya sis! 💪🏻 Saya selalu amalkan doa ni.. kalau anak ni akan menjadi saham terbaik pada kita nanti, minta Allah selamatkan. Jika sebaliknya minta Allah kuatkan hati kita untuk redha dan gantikan yg lebih baik..