Semput lepas berbuka..

Semalam saya dah berjaya puasa hari pertama semasa mengandung ni. Alhamdulillah sepanjang waktu puasa siang hari tu, badan x penat sangat. Tapi, selepas berbuka tu, saya jadi x sedap perut. Rasa tegang, kembung semacam, nafas pun tercungap-cungap. Nak kata makan banyak, x pon, sebab saya berbuka dalam kuantiti yang sikit je. Tapi dia punya semput tu mak aih, x pernah rasa macam tu? Normal ke?

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

normal..tu sebab angin..sy pun mcm tu sis😂lepas makan terus tak boleh nak bernafas..semput je..kena urut2 sikit dekat bahagian ulu hati baru okay sikit..