Hati terlalu sakit akibat perangai suami dan keluarga suami

Selamat sejathera ibu ibu. Saya baru bersalin secara c-section. Saya nak buat luahan hati di sini sebab hati saya terlalu luka dan rasa macam saya sekat serta tidak boleh ambik keputusan. Saya berkerja dan selalu kena travel lebih dari sejam dari tempat tinggal saya ke pejabat saya. Selepas berkahwin saya terpaksa tinggal dengan keluarga suami yang adik beradiknya ramai. Semasa saya tahu saya pregnant kami share berita gembira dengan keluarga suami, tetapi mereka buat tak tahu sahaja. Mak mertua saya juga tidak begitu kisah sebab anak perempuan dia sendiri yang sudah berkahwinan lama tiada cahaya mata sehingga kini. Anak saya merupakan cucu pertama kepada kedua-dua pihak. Banyak perkara yang menyakitkan hati saya telah berlaku semasa saya pregnant 8 bulan. Selalunya sakit hati itu daripada sikap tak jaga mulut oleh ibu mertua dan anak- anak dia sendiri. Semasa saya dah nak masuk ke 9 bulan keluarga suami saya merancang perkahwinan adik lelaki suami saya. Awal lagi saya sudah bagi tahu saya tak boleh hadir perkahwinan itu kalau mereka nak buat masa saya pregnant 9 bulan dan ini merupakan perkahwinan yang ketiga dalam setahun itu. Mereka diam sahaja tetapi apabila masa perkahwinan hampir dekat lama-lama mak mertua and adik ipah saya semua memaksa saya suruh hadir perkahwinan itu serta memakai pakaian bridesmade yang diorang belikan. Langsung tak memahami keadaan dan perasaan saya yang menjadi memakin lemah apabila masa nak dekat delivery. Tambah lagi mak mertua saya sendiri boleh bagi tahu saya kalau tak bersalin sehingga majlis perkahwinan itu suruh saya hadir ke perkahwinan tersebut. Macam mana mereka semua tidak boleh memahami perasaan dan keadaan saya yang dah nak dekat delivery. Lagi lagi ini merupakan anak pertama kepada saya. Selepas delivery saya pantang dekat rumah mak saya. Sehingga hari ini mak saya jaga saya dan anak saya dengan baik. Tetapi ibu mertua selalunya ada sahaja yang tak kena apa yang kami buat dekat anak saya seperi cara mandikan anak, makanan pantang saya dan sebagainya. Selalunya mesti bagi komen yang negatif kepada suami saya tetapi dia sendiri pun bukannya mahir sangat. Dia nak datang untuk tengok dan belajar cara macam mana mandikan bayi dekat rumah mak saya tetapi disebab mulut dia saya tidak benarkan. Selepas saya dan suami saya memilih nama untuk anak kami. Kami memanggil mak saya dan mak mertua saya duduk bersama dan memberitahu pilihan nama kami. Masa itu ibu mertua saya diam sahaja tetapi masa kami nak buat pendaftaran di JPN office dia call suami saya dan pujuk suami saya untuk tangguhkan dulu proses penamaan sebab mak mertua dan adik ipah saya ada pilihan mereka sendiri dan nak berikan nama pilihan mereka kepada anak saya. Tetapi oleh kerana kami telah buat keputusan sebelumnya suami saya tidak dengar apa yang mereka cakap. Tetapi apabila kami membuat naming cermony untuk anak saya adik-adik ipah saya semua datang dan hanya meyakitkan hati saya dengan perbuatan mereka. Perangai suami sayapun sekarang sudah berubah dan hanya memihak kepada mereka sahaja. Dia juga sudah mula dengar cakap mereka dan kutuk saya dan hina saya. Hubungan kami sekarang tidak baik lagi akibat emosi saya terjejas dan benci mereka semua. Apa yang saya amat takut ialah maternity leave saya dah nak habis. Apabila saya pergi kerja nanti suami saya nak mak dia jaga anak saya. Suami saya kerja petang dan saya kerja pagi mungkin sekejap sahaja dia jaga anak saya. Tapi honestlah saya tak ada hati nak bagi anak dekat mereka sebab saya tahu saya tak boleh enjoy saya punya parenthood journey sebab mereka akan campur tangan semua urusan anak saya. Semasa saya mula pregnant sehingga hari ini saya hanya sakit hati dengan perbuatan keluarga suami. Saya sudah tak ada hati nak balik rumah mak mertua lagi. Sudah panggil suami saya dan beritahu apa yang saya rasa tetapi tiada jawapan atau langkah. Saya juga sudah bagi tahu dia bahawa saya tak akan balik sana dan suruh dia cari rumah sewa untuk kami sekeluarga tetapi sehingga kini tiada response langsung. Diam diri sahaja. Lama lama emosi saya langsung tak stabil. Rasa marah, benci dan nangis sahaja setiap hari. Ada juga pernah fikir mengambil keputusan untuk berkahwin adalah keputusan yang amat salah saya buat untuk saya sebab selepas berkahwinan kegembiraan saya sudah tiada lagi.

3 Balas

Kena brainwash suami tu dulu. Bincang elok elok. Penyediaan tempat tinggal juga termasuk dlm nafkah bg seorg suami utk isteri. Berikan alasan yg munasabah juga dgn mertua sbb untuk keluar dari rumah tu mcm sis ckp mungkin nk cari tempat yg lebih dekat dgn tmpt kerja. Skrg sis dah ada anak. Keutamaan sis dan suami skrg adalah anak dan keluarga sendiri. Jangan berdiam dan ikut telunjuk org lain sahaja. Sis kene kuat dan berani utk tetap pendirian sis say yes or no. Kalau nak puaskan hati semuorg mmg susah end up sendiri yg banyak makan hati its not good lebih lebih sis dah ada anak emosi sangat2 la kene jaga.

ok. Saya faham. Terima kasih ya sis.

pada pendapat saya....sis ye kan je apa org tua cakap, sbb org tua dia xkn mgalah dgn org muda sebab dorg fikir dorg lebih makan garam dulu, masa pantang ni jaga emosi takut meroyan....lelaki dia bukan tidak memihak isteri cuma dia tersepit nk buat keputusan, tak berbaloi berbalah dengan suami kerana orang lain....org lain boleh bg pandangan tapi kita yg menentukan hala tuju...nk buat keputusan xboleh emosi dan lgpun nk pkhwinan kekal lama kena ada yg mengalah klau dua2 api siapa yg nk jd air yg menenagkan

TapFluencer

Apa kata puan hantar anak di taska/ pengasuh? Mudahan kurang bebanan emosi puan dlm membesarkan anak.

Terima kasih ye atas nasihat sis semua. Kata-kata positif semua memberikan saya semangat baru.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan