Jangkitan Rahim Suntikan Perancang

Selamat Pagi! Seorang ibu telah mendapat jangkitan rahim dan tidak datang haid selama 3 tahun, selepas mendapat suntikan perancang 3 bulan. Ikuti kisahnya sebagai amaran buat ibu-ibu lain yang ingin menggunakan kaedah ini: https://my.theasianparent.com/jangkitan-rahim-suntikan-perancang/web-view

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

PERANCANG KELUARGA Kaedah perancang keluarga ada beberapa jenis. Ada yang secara semulajadi, ada yang menggunakan alat, ada menggunakan hormon. Seeloknya jarakkan kehamilan anda 2-5tahun. Bukan hanya untuk kebaikan kepada ibu mengandung, tetapi penting juga kepada anak anak kerana anak anak di usia muda 1-3 tahun yang masih memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kaedah semulajadi seperti penyusuan badan ( bertahan hanya 6 bulan pertama dan secara ekslusif sahaja), secara azal ( pancut di luar), mengira waktu subur ( kaedah kalendar atau melihat cecair mukus dari vagina). Kaedah menggunakan alat seperti kondom lelaki atau wanita, penggunaan diaphragm, cervical cap, patch, implan atau alat dalam rahim. Kaedah menggunakan hormon seperti pil, suntikan atau alat dalam rahim. Semua kaedah adalah berkesan jika dilakukan dengan BETUL. Ada juga kaedah pembedahan iaitu dengan ikat tiub peranakan atau vasektomi atau buang rahim. Kontraseptif yang 99% berkesan jika digunakan dengan betul: 1. implan (bertahan selama 3tahun) 2. IUD atau IUS (3-5 tahun) 3. pensterilan wanita (kekal)- pembedahan 4. vasektomi (kekal) Kontraseptif yang 99% berkesan jika digunakan dengan betul, tetapi kurang daripada 95% berkesan dengan penggunaan biasa: 1. suntikan 2. pil gabungan (diambil setiap hari selama tiga minggu dari setiap bulan) 3. pil progestogen sahaja (diambil setiap hari) 4. patch kontraseptif 5. cincin vagina Kontraseptif yang 99% berkesan jika digunakan mengikut arahan pengajaran: 1. kaedah semulajadi (pemantauan harian suhu badan dan lendir serviks) Kontraseptif yang 98% berkesan jika digunakan dengan betul: kondom lelaki (setiap kali anda melakukan hubungan seks. Kontraseptif yang 95% berkesan jika digunakan dengan betul: kondom wanita (setiap kali anda melakukan hubungan seks) Kontraseptif yang 92-96% berkesan jika digunakan dengan betul: 1. diafragma dengan spermisida (setiap kali anda melakukan hubungan seks) 2. topi dengan spermisida (setiap kali anda melakukan seks) Senarai di bawah menunjukkan berapa kerap anda perlu menggunakan, menggantikan atau mengambil setiap kaedah kontraseptif. Kaedah yang boleh digunakan setiap kali anda melakukan hubungan seks: 1. kondom lelaki dan kondom wanita 2. diafragma atau topi Kaedah yang diambil setiap hari: 1. pil (pil gabungan atau pil progestogen sahaja) 2. Kaedah yang digantikan setiap minggu: 3. patch kontraseptif Kaedah-kaedah yang diganti setiap bulan: 1. cincin vagina Kaedah-kaedah yang diambil setiap 2-3 bulan: 1. suntikan Kaedah-kaedah yang ditukar sehingga setiap 3 tahun: 1. implan Kaedah-kaedah yang diperbaharui sehingga setiap lima hingga 10 tahun: 1. alat dalam rahim (IUD) 2. sistem intrauterin (IUS) Apakah kesan sampingan mengambil perancang yang mengandungi hormon? 1. Sedikit pendarahan di antara waktu haid. Hal ini biasa terjadi di awal permulaan mengambil perancang kerana badan masih nak biasa dengan perubahan hormon. Masalah ini biasanya akan selesai selepas 2-3 bulan. 2. Meloya. Dinasihatkan mengambil pil sebelum waktu tidur. 3. Pening kepala 4. Perubahan mood akibat daripada perubahan hormon. 5. Tidak selesa di bahagian buah dada ( berasa sedikit tegang atau ngilu ngilu). 6. Perubahan pada kitaran haid 7. Pengeluaran cecair lendir yang lebih dari biasa Adakah pengambilan perancang akan menyebabkan kenaikan berat badan? Tidak. Hanya untuk jenis suntikan depo,akan menyebabkan kenaikan selera makan sewaktu di awal pengambilan, namun tidak menyebabkan kegemukan. Kawallah apa yang kita makan setiap hari. Sampai bilakah perlu mengambil perancang? Dari selepas bersalin sehingga menopause atau jika sudah bersedia mahu mengandung lagi. Jika menopause pada umur sebelum umur 50, perlu mengambil lagi setahun selepas menopos. Jika menopos selepas umur 50 tahun, perlu mengambil lagi 2 tahun selepas menopos. Apakah perancang terbaik? Saya sudah beri peratus kejayaan untuk setiap perancang di atas. Sila baca dan fahami. Kaedah terbaik untuk jangkamasa lama dan jika anda mudah lupa tarikh temujanji dan mudah lupa istiqomah dalam pengambilan ubat setiap hari adalah penggunaan alat dalam rahim. Ingat, yang penting adalah penggunaan yang BETUL. Setiap individu adalah berbeza cara perancang bergantung kepada tahap kesihatan juga. Sebab itu perlu kaunseling dan temujanji di klinik atau hospital. Bincang seeloknya dengan suami tentang kaedah yang dirasakan paling sesuai untuk isteri dan suami. Adakah merbahaya jika menggunakan perancang pada jangka masa panjang? Tidak. Sebab itu perlu ada temunjanji untuk memantau tahap kesihatan anda. Mungkin anda mulakan dengan pil tapi bila tiba tiba anda ada masalah darah tinggi atau kolesterol tinggi atau kencing manis, mungkin perlu menukar jenis perancang. Betulkah penggunaan perancang akan menyebabkan tulang rapuh? Tidak semestinya dan bergantung kepada jenis perancang. Anda boleh biasakan dengan mengamalkan pengambilan produk tenusu seperti susu, yogurt,keju setiap hari. Adakah perancang dibolehkan jika anda menyusu badan? Boleh. Berbincang dengan doktor di klinik atau hospital. Adakah perancang jenis suntikan akan menyebabkan punggung anda besar? Tidak. Adakah perancang akan membuatkan anda letih? Tidak. Adakah perancang akan membuatkan darah haid menjadi banyak? Jika anda ada gangguan dengan haid atau pendarahan yang banyak, dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital. Kemungkinan kita akan menukar jenis perancang. Adakah penggunaan perancang boleh menyebabkan kanser? http://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/causes-of-cancer/hormones-and-cancer/the-contraceptive-pill Penggunaan pil jenis kombinasi boleh memberikan risiko kepada kanser buahdada namun risiko tersebut akan menurun selepas berhenti mengambil pil. Penggunaan pil jenis suntikan pula boleh memberikan risiko kepada kanser serviks namun risiko ini akan menurun selepas berhenti suntik. Namun peratus kepada masalah ini adalah rendah. Penggunaan perancang bagus untuk merendahkan risiko untuk jenis kanser lain seperti kanser usus. Ok, cukup dulu sampai sini tentang perancang kehamilan. Nanti tak baca sampai habis hehe. Merancanglah keluarga dan kesihatan anda sebaiknya. "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi, 46) Ok, nak balik. Orang cuti,saya locum😂 Nota kaki : kualiti adalah lebih elok dari kuantiti✌️ Dr. Erna Nadia Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang mampu memberikan😊

Baca lagi

Bila orang suruh anda merancang keluarga, jangan lah fikir orang tu dengki kan anda yang boleh beranak ramai dan subur. Fikirkan orang tu melawan kuasa yang maha Esa, Fikirkan misi-misi membawang sebab anda beranak ramai dan sebagainya? Cuba selami dengan minda yang positif kenapa orang nasihatkan anda. Yang anda fikir, selepas makan perancang keluarga, haid anda tak akan datang langsung. Lepas tu fikir pula anda akan jadi Mandul selepas mengamalkan perancangan keluarga. Anda salah. Merancang keluarga ni lebih kurang macam anda tentukan bila masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapa bilangan anak yang anda dan pasangan inginkan. Fahamkan lah bahawa masa yang sesuai untuk wanita hamil adalah umur diantara 20 dan 35 tahun. Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya 2 tahun yang lepas Tiada sebarang penyakit yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi. Kenapa orang suruh merancang? Antaranya : ◽️Sebab nak tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita, tingkatkan kualiti hidup pasangan dan anak-anak. ◽️Ibu yang melahirkan lebih 5 anak berturut-turut tanpa menjarakkan 2 tahun berisiko mengalami pendarahan, kekurangan darah dan tekanan darah tinggi. Boleh membawa kepada kematian ibu dan anak. ◽️Supaya anak-anak anda mendapat kasih sayang yang cukup, makan makanan yang sihat dan seimbang termasuklah mendapatkan susu ibu sepenuhnya sekiranya anak itu masih menyusu badan. ◽️Anda betul betul sudah bersedia secukupnya untuk kembali hamil dari segi kesihatan, mental dan sosial. ◽️Suami pula mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan segala kemudahan asas mengikut kemampuan serta bersedia mengukuhkan ekonomi keluarga anda. ◽️Nak mengelakkan kehamilan yang tidak diingini. ◽️Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Kaedah merancang keluarga: ◽️Semulajadi Azal (Coitus Interuptus) – Ejakulasi yang dilakukan di luar faraj. ◽️Halangan • Kondom • Alat Dalam Rahim (IUD) ◽️Hormon Pil, implan atau suntikan – menghalang ovulasi, menyebabkan lendiran faraj menjadi pekat dan menjadikan ruang rahim tidak sesuai untuk penempelan benih. ◽️Kekal ◦ Vasectomy – Saluran yang membawa sperma (vas deferens) diikat supaya air mani yang dikeluarkan tidak mengandungi sperma. ◦ Bilateral Tubal Ligation (BTL) – Tiub fallopian diikat supaya ovum tidak dapat melalui tiub ini. Jadi, anda nak pilih yang mana? Sebelum pilih, eloklah berbincang bersama-sama pasangannya. Semoga bermanfaat. 🚫Saya tidak menjalankan sebarang konsultasi perancangan keluarga. Sila berjumpa dan rujuk kepada doktor anda untuk sebarang konsultasi dan nasihat. Lara Marina Jururawat Terlatih Kkm. Gambar : Google Image #MisiLara

Baca lagi

Alkisah makan pil perancang. "Alahai..malam ni kena makan pil lagi. Risau je kalau lupa. Tak pasal mengandung anak kecik" "Hurmm...tak larat telan ubat rasa ni.." "Makan ubat lagi. Hurmm.. ". "Nasib la period datang. Hari tu ada tertinggal-tertinggal". Alkisah ambil suntikan. "Huish...sakit la punggung ni kena cucuk. Huhu". "Kematu dah punggung aku niha". "Hurmm..layan je la kena cucuk". "Period tak datang dah dekat setahun cucuk". "Period sikit-sikit je datang. Tak sampai pun 3 hari". Alkisah pakai IUCD. "Period boleh tahan jugak bulan ni.." "Ish ! Rasa ke tak rasa benang ni ?? Eh ! Ada ni. Rasa pun benang. Risau pulak eh". Alkisah merancang sendiri a.k.a kaedah azal a.k.a lepas luar. "Hish ! Bulan ni period tak datang lagi. Susah hati pulak rasa ni". "Kenapa macam lewat je period aku bulan ni ek?". "Bulan lepas aku datang period ke tak ye. Alahai. Lupa la pulak". "Kenapa la aku rasa macam tak sedap badan ni. Macam demam tak demam je ni". . . . . . Kesimpulannya,setiap kaedah yang anda guna memang ada kesan sampingan dan risiko yang berbeza. Kalau nak tahu kaedah perancang tu serasi atau tidak dengan anda,kena guna cara cuba dan gagal (try and error). Selagi anda tak cuba,selagi itulah anda tak tahu kesannya. Jangan dengar cakap orang dan pengalaman orang. Anda akan dengar banyak pengalaman buruk daripada pengalaman yang baik. Buatlah pilihan dan mencuba dulu. Family planning Not too early Not too close Not too late Misi bebel, #jm_harmuny

Baca lagi

Based from the article.. it did not happen in malaysia.. also, suntikan x mencegah dari std sexually transmitted disease.. kita x tau ape yg ibu tu pernah masukkan dlm vagina die yg most likely menjadi punca jangkitan rahim. Mungkin die dapat miscarriage dan berlaku jangkitan kpd fetus yg x jadi tu. ini adalah cerita dan assumption dari ibu, bukannye laporan perubatan dr doktor. I wonder why this article got featured in this app, mengecewakan betul.

Baca lagi

Misleading article.

betul ke ni?