Jangkitan Rahim Suntikan Perancang

Selamat Pagi! Seorang ibu telah mendapat jangkitan rahim dan tidak datang haid selama 3 tahun, selepas mendapat suntikan perancang 3 bulan. Ikuti kisahnya sebagai amaran buat ibu-ibu lain yang ingin menggunakan kaedah ini: https://my.theasianparent.com/jangkitan-rahim-suntikan-perancang/web-view

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bila orang suruh anda merancang keluarga, jangan lah fikir orang tu dengki kan anda yang boleh beranak ramai dan subur. Fikirkan orang tu melawan kuasa yang maha Esa, Fikirkan misi-misi membawang sebab anda beranak ramai dan sebagainya? Cuba selami dengan minda yang positif kenapa orang nasihatkan anda. Yang anda fikir, selepas makan perancang keluarga, haid anda tak akan datang langsung. Lepas tu fikir pula anda akan jadi Mandul selepas mengamalkan perancangan keluarga. Anda salah. Merancang keluarga ni lebih kurang macam anda tentukan bila masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapa bilangan anak yang anda dan pasangan inginkan. Fahamkan lah bahawa masa yang sesuai untuk wanita hamil adalah umur diantara 20 dan 35 tahun. Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya 2 tahun yang lepas Tiada sebarang penyakit yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi. Kenapa orang suruh merancang? Antaranya : ◽️Sebab nak tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita, tingkatkan kualiti hidup pasangan dan anak-anak. ◽️Ibu yang melahirkan lebih 5 anak berturut-turut tanpa menjarakkan 2 tahun berisiko mengalami pendarahan, kekurangan darah dan tekanan darah tinggi. Boleh membawa kepada kematian ibu dan anak. ◽️Supaya anak-anak anda mendapat kasih sayang yang cukup, makan makanan yang sihat dan seimbang termasuklah mendapatkan susu ibu sepenuhnya sekiranya anak itu masih menyusu badan. ◽️Anda betul betul sudah bersedia secukupnya untuk kembali hamil dari segi kesihatan, mental dan sosial. ◽️Suami pula mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan segala kemudahan asas mengikut kemampuan serta bersedia mengukuhkan ekonomi keluarga anda. ◽️Nak mengelakkan kehamilan yang tidak diingini. ◽️Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Kaedah merancang keluarga: ◽️Semulajadi Azal (Coitus Interuptus) – Ejakulasi yang dilakukan di luar faraj. ◽️Halangan • Kondom • Alat Dalam Rahim (IUD) ◽️Hormon Pil, implan atau suntikan – menghalang ovulasi, menyebabkan lendiran faraj menjadi pekat dan menjadikan ruang rahim tidak sesuai untuk penempelan benih. ◽️Kekal ◦ Vasectomy – Saluran yang membawa sperma (vas deferens) diikat supaya air mani yang dikeluarkan tidak mengandungi sperma. ◦ Bilateral Tubal Ligation (BTL) – Tiub fallopian diikat supaya ovum tidak dapat melalui tiub ini. Jadi, anda nak pilih yang mana? Sebelum pilih, eloklah berbincang bersama-sama pasangannya. Semoga bermanfaat. 🚫Saya tidak menjalankan sebarang konsultasi perancangan keluarga. Sila berjumpa dan rujuk kepada doktor anda untuk sebarang konsultasi dan nasihat. Lara Marina Jururawat Terlatih Kkm. Gambar : Google Image #MisiLara

Baca lagi