Jangkitan Rahim Suntikan Perancang

Selamat Pagi! Seorang ibu telah mendapat jangkitan rahim dan tidak datang haid selama 3 tahun, selepas mendapat suntikan perancang 3 bulan. Ikuti kisahnya sebagai amaran buat ibu-ibu lain yang ingin menggunakan kaedah ini: https://my.theasianparent.com/jangkitan-rahim-suntikan-perancang/web-view

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

PERANCANG KELUARGA Kaedah perancang keluarga ada beberapa jenis. Ada yang secara semulajadi, ada yang menggunakan alat, ada menggunakan hormon. Seeloknya jarakkan kehamilan anda 2-5tahun. Bukan hanya untuk kebaikan kepada ibu mengandung, tetapi penting juga kepada anak anak kerana anak anak di usia muda 1-3 tahun yang masih memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kaedah semulajadi seperti penyusuan badan ( bertahan hanya 6 bulan pertama dan secara ekslusif sahaja), secara azal ( pancut di luar), mengira waktu subur ( kaedah kalendar atau melihat cecair mukus dari vagina). Kaedah menggunakan alat seperti kondom lelaki atau wanita, penggunaan diaphragm, cervical cap, patch, implan atau alat dalam rahim. Kaedah menggunakan hormon seperti pil, suntikan atau alat dalam rahim. Semua kaedah adalah berkesan jika dilakukan dengan BETUL. Ada juga kaedah pembedahan iaitu dengan ikat tiub peranakan atau vasektomi atau buang rahim. Kontraseptif yang 99% berkesan jika digunakan dengan betul: 1. implan (bertahan selama 3tahun) 2. IUD atau IUS (3-5 tahun) 3. pensterilan wanita (kekal)- pembedahan 4. vasektomi (kekal) Kontraseptif yang 99% berkesan jika digunakan dengan betul, tetapi kurang daripada 95% berkesan dengan penggunaan biasa: 1. suntikan 2. pil gabungan (diambil setiap hari selama tiga minggu dari setiap bulan) 3. pil progestogen sahaja (diambil setiap hari) 4. patch kontraseptif 5. cincin vagina Kontraseptif yang 99% berkesan jika digunakan mengikut arahan pengajaran: 1. kaedah semulajadi (pemantauan harian suhu badan dan lendir serviks) Kontraseptif yang 98% berkesan jika digunakan dengan betul: kondom lelaki (setiap kali anda melakukan hubungan seks. Kontraseptif yang 95% berkesan jika digunakan dengan betul: kondom wanita (setiap kali anda melakukan hubungan seks) Kontraseptif yang 92-96% berkesan jika digunakan dengan betul: 1. diafragma dengan spermisida (setiap kali anda melakukan hubungan seks) 2. topi dengan spermisida (setiap kali anda melakukan seks) Senarai di bawah menunjukkan berapa kerap anda perlu menggunakan, menggantikan atau mengambil setiap kaedah kontraseptif. Kaedah yang boleh digunakan setiap kali anda melakukan hubungan seks: 1. kondom lelaki dan kondom wanita 2. diafragma atau topi Kaedah yang diambil setiap hari: 1. pil (pil gabungan atau pil progestogen sahaja) 2. Kaedah yang digantikan setiap minggu: 3. patch kontraseptif Kaedah-kaedah yang diganti setiap bulan: 1. cincin vagina Kaedah-kaedah yang diambil setiap 2-3 bulan: 1. suntikan Kaedah-kaedah yang ditukar sehingga setiap 3 tahun: 1. implan Kaedah-kaedah yang diperbaharui sehingga setiap lima hingga 10 tahun: 1. alat dalam rahim (IUD) 2. sistem intrauterin (IUS) Apakah kesan sampingan mengambil perancang yang mengandungi hormon? 1. Sedikit pendarahan di antara waktu haid. Hal ini biasa terjadi di awal permulaan mengambil perancang kerana badan masih nak biasa dengan perubahan hormon. Masalah ini biasanya akan selesai selepas 2-3 bulan. 2. Meloya. Dinasihatkan mengambil pil sebelum waktu tidur. 3. Pening kepala 4. Perubahan mood akibat daripada perubahan hormon. 5. Tidak selesa di bahagian buah dada ( berasa sedikit tegang atau ngilu ngilu). 6. Perubahan pada kitaran haid 7. Pengeluaran cecair lendir yang lebih dari biasa Adakah pengambilan perancang akan menyebabkan kenaikan berat badan? Tidak. Hanya untuk jenis suntikan depo,akan menyebabkan kenaikan selera makan sewaktu di awal pengambilan, namun tidak menyebabkan kegemukan. Kawallah apa yang kita makan setiap hari. Sampai bilakah perlu mengambil perancang? Dari selepas bersalin sehingga menopause atau jika sudah bersedia mahu mengandung lagi. Jika menopause pada umur sebelum umur 50, perlu mengambil lagi setahun selepas menopos. Jika menopos selepas umur 50 tahun, perlu mengambil lagi 2 tahun selepas menopos. Apakah perancang terbaik? Saya sudah beri peratus kejayaan untuk setiap perancang di atas. Sila baca dan fahami. Kaedah terbaik untuk jangkamasa lama dan jika anda mudah lupa tarikh temujanji dan mudah lupa istiqomah dalam pengambilan ubat setiap hari adalah penggunaan alat dalam rahim. Ingat, yang penting adalah penggunaan yang BETUL. Setiap individu adalah berbeza cara perancang bergantung kepada tahap kesihatan juga. Sebab itu perlu kaunseling dan temujanji di klinik atau hospital. Bincang seeloknya dengan suami tentang kaedah yang dirasakan paling sesuai untuk isteri dan suami. Adakah merbahaya jika menggunakan perancang pada jangka masa panjang? Tidak. Sebab itu perlu ada temunjanji untuk memantau tahap kesihatan anda. Mungkin anda mulakan dengan pil tapi bila tiba tiba anda ada masalah darah tinggi atau kolesterol tinggi atau kencing manis, mungkin perlu menukar jenis perancang. Betulkah penggunaan perancang akan menyebabkan tulang rapuh? Tidak semestinya dan bergantung kepada jenis perancang. Anda boleh biasakan dengan mengamalkan pengambilan produk tenusu seperti susu, yogurt,keju setiap hari. Adakah perancang dibolehkan jika anda menyusu badan? Boleh. Berbincang dengan doktor di klinik atau hospital. Adakah perancang jenis suntikan akan menyebabkan punggung anda besar? Tidak. Adakah perancang akan membuatkan anda letih? Tidak. Adakah perancang akan membuatkan darah haid menjadi banyak? Jika anda ada gangguan dengan haid atau pendarahan yang banyak, dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital. Kemungkinan kita akan menukar jenis perancang. Adakah penggunaan perancang boleh menyebabkan kanser? http://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/causes-of-cancer/hormones-and-cancer/the-contraceptive-pill Penggunaan pil jenis kombinasi boleh memberikan risiko kepada kanser buahdada namun risiko tersebut akan menurun selepas berhenti mengambil pil. Penggunaan pil jenis suntikan pula boleh memberikan risiko kepada kanser serviks namun risiko ini akan menurun selepas berhenti suntik. Namun peratus kepada masalah ini adalah rendah. Penggunaan perancang bagus untuk merendahkan risiko untuk jenis kanser lain seperti kanser usus. Ok, cukup dulu sampai sini tentang perancang kehamilan. Nanti tak baca sampai habis hehe. Merancanglah keluarga dan kesihatan anda sebaiknya. "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi, 46) Ok, nak balik. Orang cuti,saya locum😂 Nota kaki : kualiti adalah lebih elok dari kuantiti✌️ Dr. Erna Nadia Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang mampu memberikan😊

Baca lagi