Tempoh Dalam Bilik Bersalin
Selamat Pagi! Mommies, berapa lama anda berada dalam bilik bersalin semasa melahirkan? Ada yang lebih 8 jam? 😣 Kongsikan dengan kami dan pengguna lain pengalaman anda di ruangan komen, OK!


Sekejap je. Sejam lebih je. Tapi masuk wad 3 hari awal. Kalau ikutkan due 25/5. Tapi doktor suruh induce sebab doktor risau tumbesaran baby terbantut. 13/5 masuk wad. Esok pagi baru doktor panggil, nak check bukaan jalan. Bukaan baru 1 cm, tiada kontraksi. Doktor kata nak masuk belon(tiub urinari kateter) untuk bantu buka jalan. Dan kena pakai untuk tempoh 24 jam atau doktor akan periksa semula jalan lebih awal kalau belon tu jatuh awal. Dah masuk belon tu, tak selesa jangan cakap la. Petang tu, dah start rasa sakit-sakit. Tapi belon belum jatuh lagi. Esok pagi doktor keluarkan belon tu untuk cek balik jalan. Tup..tup.. 3cm. Doktor kata dah boleh siap-siap masuk LR. Dalam kul 10.30 a.m masuk bilik bersalin. Cek jalan, 5cm. Pukul 11.57 a.m dah selamat bersalin normal. Sekarang baby dah sebulan lebih. Alhamdulillah.
Baca lagi


