SuperPark Malaysia Ada Diskaun Hebat Dengan Promo Super4! - Jom Ke Sana Dengan Keluarga Bulan Julai Ini!

Sekiranya anda tercari-cari aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan, kami ada berita baik buat anda. Bulan Julai ini, taman permainan indoor SuperPark memberikan promosi hebat untuk anda sekeluarga! Sempena Hari Persahabatan Dunia yang disambut pada 30 Julai setiap tahun, SuperPark Malaysia menawarkan pengunjung peluang untuk dapat 4 tiket bernilai RM150 melalui Promo Super4 dari hari ini hingga 9 Ogos 2019! Wah menarik! Taman aktiviti ini mempunyai 3 kawasan utama - Kawasan Pengembaraan, Arena Permainan dan Freestyle Hall - dengan lebih daripada 25 aktiviti yang menyeronokkan dan menarik -- sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan di bawah satu bumbung. Jangan risau, setiap aktiviti di sini akan dibantu oleh kakitangan SuperPark yang terlatih. Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah: Lakukan tendangan bola yang hebat di Superpinball Cabar rakan-rakan anda dengan permainan SuperBall. Tunjukkan kemahiran meluncur di Skate and Scoot World Uji kebolehan tendangan penalti anda dengan kehebatan Robo Keeper yang dikuasai oleh AI Dan banyak lagi permainan khas untuk kanak-kanak juga disediakan! Inilah masanya anda cuba pelbagai aktiviti yang unik di sini dengan rakan-rakan dan keluarga! Tunjukkan kemahiran anda dengan bersaing bersama-sama rakan atau lakukan aktiviti berkumpulan. "Di SuperPark, kami percaya dengan gabungan keseronokan, kecergasan dan persahabatan sebagai matlamat utama kami, dan kami mahu memperluaskannya kepada rakyat Malaysia. Tidak ada cara yang lebih baik untuk memupuk hubungan yang sihat melainkan dengan mencari pengalaman baru bersama. Jadi, kami ingin menggerakkan kempen untuk menggalakkan rakan dan keluarga menghabiskan masa yang berkualiti sambil menikmati gaya hidup yang menyeronokkan dan aktif, " kata Andes SH Wong, Pengurus Pemasaran Kanan, SuperPark Malaysia. SuperPark Malaysia dilancarkan pada 6 Disember 2018 dan terletak di pusat Kuala Lumpur di tapak seluas 40,000 kaki persegi di Avenue K Shopping Mall. Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi Super4 SuperPark Malaysia, layari laman web SuperPark Malaysia di http://www.superpark.com.my/super4-limited-time-offer/

SuperPark Malaysia Ada Diskaun Hebat Dengan Promo Super4! - Jom Ke Sana Dengan Keluarga Bulan Julai Ini!
4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

#TAPSupermoms #TAPactiveusers

Post reply image
Super Mum

👐👐👐

VIP Member

😍😍😍

👍