Sakit belakang
Sekarang saya pregnant 31 weeks 1 days. Masalah yang saya hadapi ialah sakit tulang rusuk belah kiri bahagia belakang. Boleh dikatakan sakit tu sepanjang masa dari masa pregnant 20 weeks lagi sehingga sekarang. Cuma bila lega skit baring malam2 atas permukaan lembut dan rata (katil). Tapi takkan nak baring je selalu sebab saya kerja jenis yang duduk menghadap komputer je sepanjang hari. Masa 20+ weeks hari tu pernah tanya doktor masalah ni, doktor kata sebab pertambahan berat badan. Ada siapa2 hadapi masalah sama macam saya dan macam mana cara nak atasi masalah ni?