Berat naik sedikit sepanjang kehamilan.

sekadar sharing, saya dah pun sampai ke penghujung lapan bulan. haritu nurse check berat buka buku, 79.45kg, bila dah penghujung lapan bulan ni berat saya 83.7kg. yang naik cuma 4.25kg sahaja. kawan kawan mana yang tahu semua rasa teruja sebab berat saya tak naik banyak macam orang lain yang sampai 15kg naik. setiap kali check up berat saya mmg naik paling tinggi 1kg sahaja sebulan. berat baby normal sepanjang saya scan, sekarang dah pun 2.2kg. alhamdulillah. tapi pada awalnya saya mmg risau, sebab abnormal kan. but somehow doctor kata sebenarnya selagi gula okay, baby heartbeat okay, bp okay, berat baby okay, tak menjadi masalah kalau berat ibu tak naik banyak. bacaan air gula saya juga okay, 4.5/4.6. itu pun doctor tanya mana pergi gula awak ni hehehehee cuma disebabkan berat badan tinggi, saya kena minum air gula dua kali juga walaupun bacaan gula cantik kata doctor. saya bekerja sebagai seorang guru tadika playschool. mmg tak menang tangan and tak duduk diam hehehe jadi saya rasa disebabkan kerja saya, berat saya balance turun naik dengan berat baby, air ketuban. cuma skrg ni, doctor nak dapatkan lebih banyak data, jadi kekerapan saya check up skrg 2 kali seminggu. saya perlu ambil bp, air kencing dan jantung baby setiap 2 kali seminggu. bagi mana mana ibu yang mirip casenya macam saya, jangan risau. selagi baby sihat, tiada masalah. sekian sharing saya.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Samala dgn saya. Sepanjang pregnant naik 2kg je. Bila da bersalin 1 bulan, berat drop 5kg dr booking weight. Penghujung pregnancy berat turun 500gram setiap minggu. Baby keluar 3.55kg. Terkejut semua org baby keluar semangat. Hahaha.

4y ago

heheh tapi tu la, sekarang detected tulang peha baby kurang dua minggu dari umur skrg. risau betul, nanti akan refer ke hospital. doctor ingat saya on diet, takut makanan tak sampai. doakan baby saya sihat and selamat.

sis, berat saya sepanjang kehamilan dri trimester 1 smpai ke 3 ni hanya naik 0.5kg je .. pernah sekali je naik 1.4kg .. booking buku 9week 58kg , skrg dh 28week 60kg je ..