Tinggal bersama keluarga

Sekadar nak meluah… edd saya 23/8 tapi bila2 masa je boleh keluar kan… saya dan husband duduk dgn family saya memandangkan ekonomi kami masih belum kukuh untuk duduk rumah sewa. ( yg tanya kenapa tak simpan duit tu, Alhamdulillah tahniah, anda tidak diuji dengan perihal kewangan) Yang tak bestnya, saya nak keluar berdua ala2 date dengan suami saya, mesti mak saya nak ikot sekali. Mmg la kiteorg ajak keluar sebb dia ni jenis cepat sgt terasa kat semua menda ( ni pun tak best) tapi Dia macam tak faham2 lagi, lepas ni saya entahla berpantang lepastu mmg sah2 la sussah nak ada peluang keluar berdua tu. Tapi nak ikot gak.. And fyi , tiap kali keluar saya macam kena babysit dia (pimpin tangan , tgok jalan apa semua). Sampai nak pegang tangan suami ke jalan berdua pun tak boleh. Bukannya taknak ajak or jaga langsung, tapi mmg lama sgt dah kiteorg tak keluar berdua. Sampai saya sendiri tak igt bila last kiteorg keluar berdua. Nak cakap saya ni jahat sgt tak nak dia ikot atau biar dia sorang2, Padehal ada je lagi adik beradik ngan ipar ( ye stay sekali ngan abg ipar , lagi tak best) kat rumah untuk borak2 . Em Rasa macam entah potong mood, rasa stress pun ada, baru cerita pasal part ni, belum lagi part2 lain. Sampai bila nak hadap pun tak tau, dah berbulan bersabar😌 Minta semua tolong doakan keluarga kecil kami, dilimpahkan rezeki, ada tabung simpanan supaya boleh ada rumah sendiri secepat yg mungkin. Dan juga tolong doakan saya selamat melahirkan secara normal tanpa jahit dan komplikasi kepada saya dan anak kami. 🥹🤍🫶🏽

29 Balas

Jangan merungut. Itu punca rezeki susah nak lekat. Pimpin mak dengan hati yang ikhlas dan tangan yang terbuka, jaga keperluan dia, semua yang dibuat untuknya diikuti dengan rasa syukur dan sayang, kamu akan lihat betapa cepat rezeki tu datang sama kamu.

kalau keluar pergi checkup pun, mak ikut jugak ke? try bincang dgn suami, dia ambil cuti hari checkup tu, dapat sarapan ke lunch dating berdua sebelum ke selepas checkup pun boleh, atau berjalan2 la lepas check up tu.. jadi tak ada la obvious sgt..

sis...bersabar ya..dugaan tu..semoga sis baik2 aja ya..mana tau dgn kesabaran sis ada rezeki yg tak sangka disebalik tu..pikir yg baik2 aja ya..kita doakan semoga sis dilimpahkan rezeki dan selamat melahirkan nanti ya...jgn stress2 k..take care..

Satu je nak cakap… satu saat nanti awak akan berada di usia ibu awak.. time tu awak faham apa perasan dia bila ada anak layan macamtu… Hidup macam roda sis… apa kita buat itu kita dapat.. harap awak tak menyesal kemudian hari…

Jahat kau ni sama mak mu. suami tu baru kau jumpa. Harap masa tuamu nanti anakmu tidak balas kau begitu. Mungkin itulah sebab rezeki sempit sebab merasa beban untuk melayan orang tua.

cuba awk ikhlas bahagiakn mak awk sementara die masih ada ni. mana la tahu, rezeki awk bertambah2 murah. insyaaAllah.

Kna keluar senyap2 sis,,cakap ja ada emergency .takut nnt nk p beranak dia pun sibuk mahu ikut payah juga tu😅😅

Harap sis minta maaf kat mak sis stiap hari, kdg mak terasa hati pun buat kita susah nk bersalin nanti.

semoga dimudahkan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan