Ibarat tumpang rumah sendiri..
Sekadar meluah tolong jangan kecam. Post sy panjang sikit maaf x pandai nak susun ayat. Salam semua, sy taktau nak luah kat sapa daripada sy stress sorg2 sy rasa better sy just luahkan kat sini… sy x nak pendam takut nanti effect sy dgn baby skg ni kandungan dah 7 bulan.. Semalam bapa tiba2 buka topic pasal rumah yg kami duduki skg ni. Rumah ni asalnya sy beli tahun 2020 atas nama saya dan suami guna 100% loan takda deposit sebab kitorg adalah first buyer. Kami berjaya beli atas usaha kami bekerja guna kelayakan payslip kami berdua bekerja makan gaji. Sebelum beli sy langsung x terfikir isu2 lain yg bakal timbul di kemudian hari sebab bapa sy mula2 xde isu mcm bagi janji manis. Agreement antara saya dan bapa sy mula2 ialah sy beli atas nama sy dan suami tapi adik beradik sy yg lain 1 laki umur 26 thn dan sorg lagi perempuan 16 thn termasuk mak dan bapak boleh tinggal kat sana. Dan oleh kerana sy kerja di luar daerah dan x tinggal kt rumah tu sekali bayaran bulanan rumah ditanggung oleh bapak sy. Bapak sy ada perniagaan menjual makanan kat pasar malam. Dibantu oleh adik lelaki. Punca pendapatan dorg adalah hasil drpd berjual makanan kt pasar malam tersebut. Segala perkakas, peralatan memasak mereka letak kat rumah tu. Oleh kerana dorg berniaga dh lama dan barang masak pun byk jadi bahagian dapur rumah tu habis di conquer oleh dorg semua termasuk lah halaman depan rumah tmpt letak parking kereta. Selama sy kerja luar daerah tak timbul pun masalah hak milik rumah sapa punya, isu jual beli rumah pun x timbul langsung. Awal tahun 2022, utk meringankan beban hutang kereta bapak yg berbaki rm5k+ sy tlg bantu bayar sebahagian drpd baki hutang kereta dia sbyk rm3k. Nak dijadikan cerita sy disahkan pregnant dan berenti kerja pada April 2022 dan ambik keputusan utk balik ke daerah tmpt rumah yg sy beli tu. Dari April sy berenti kerja tu sy start tinggal serumah dgn Family sy bersama suami. Sedikit sbyk inilah background story masalah sy. Smlm punya cerita pulak. Tiba2 bapak sy buka cerita nak jual rumah yg kit org diam skg ni klu dia dh x mampu byr rumah. Fyi bapa sy ni dh berumur 62 tahun. Perniagaan yg dia miliki skg ni akan diambil alih oleh adik lelaki sy. Yg sy x phm knp dia mati2 nak risau dia x dapat nak bayar sedangkan yg akan uruskan kewangan dia nanti adalah anak dia yg lelaki tu. Hakikatnya motif sebenar bapa sy ialah dia nak kami berdua suami isteri yg bayar ni rumah sepenuhnya Pastu dia bercadang nak jual rumah ni selepas 5 tahun yg ni pun sy tau pas sebabnya.. sbb nya dia nak tggu adik perempuan sy tu habis sekolah. Tapi kan sy rasa sungguh tak adil.. knp sy perlu biaya 1 keluarga sedangkan sy x kerja. Hanya berbekalkan nafkah dari suami saja skg.. Sudah lah dapur dan halaman rumah habis penuh barang mereka. Masa mula2 sy masuk rumah sy kena marah jemur pakaian di bawah jadi sy ambik decision utk jemur dalam bilik. Nak masak apa pun tak boleh sebab bahan mentah apa semua penuh dgn dorg punya. Kang sy ambik nanti kena ckp2. Jgn ckp beli brg sendiri, takda ruang utk sy simpan makanan sy sendiri klu sy beli. Tak guna pun… sy x faham dgn sikap bapa sy yg cuba melaga-lagakan sy dgn adik beradik yg lain.. bole pula bapa sy ckp lepas jual rumah ni dia akn beli tanah utk adik2 sy tinggal tanpa perlu bayar bank tiap bulan.. sejujurnya sy rasa perbuatan bapa sy ni cuba mengugut sy dan suami secara halus. Dia nak kami berdua keluar dari rumah dan bagi dorg rumah ni sbb tu dia cuba nak paksa kami yg bayarkan full rumah ni sedangkan apa yg sy dpt hanya 1 bilik biasa sahaja di tingkat atas. Sekiranya kami x dpt bayar kiranya kami kena keluar padahal selama ni sy yg berusaha cari dan beli rumah ni. Dah tu tinggal kat sini pun cuma start dari bulan 4 selama ni xde pula masalah… dan fyi jgk wlupun sy x bayar sebahagian dari bulanan rumah sy tetap bayar bil api dan air sebanyak hampir rm500 sebulan. Sbb dorg berniaga jadi kos elektrik dorg pun sy yg bayar. Wlupun x byk tapi sy pun ada jugak beli bahan mentah pakai kitaorg makan sama2… sedih sy sgt2 sbb ibarat menumpang di rumah sendiri… tinggal tunggu kena halau je…




To have a happy family.