Just nak luah ttg masalah keluarga

Sy sgt kecewa dan kecil hati dgn tindakan mak bapak serta adik beradik sy. Entah kenapa bapak sy bole2 ja benarkan GF adik lelaki sy yg umur 26 tahun tu ikut sekali bercuti keluarga bersama mereka. Saya tak faham mana pergi perasaan malu dorg tu. Dah la tinggal kat apartmen bilik hanya 2. 2 bilik tu hanya ada katil queen. Total pergi bercuti termasuk GF tu 5 org. Saya rasa malu sgt2 dgn mak bapa sy tu mcm mana dorg bole benarkan perempuan bukan muhrim tu tinggal bersama2 mereka. Kecewa betul. Especially mak saya dah serupa penunggang agama dah. Solat bukan main banyak. Kalau solat sunat ada 10 KLu boleh 10 solat sunat tu lah dia buat. Tapi maksiat depan mata dia tak boleh nak tegur!!! Mak sy ni dah serupa hipokrit/munafik sebab kat rumah sembang pasal agama seperti dia la yg Terpaling agamawan disebabkan dia perform solat tu byk sekali dgn yg sunat. Jgn cakap saya tak tegur kat rumah. Tegur cara baik sudah cara tegas dah cara marah pun sudah. Semua org kat rumah saya tu DENIAL!!!! Saya tak tahu perempuan tu ikut sebab 1 org pun dari dorg x bgtau pun sblom dorg berangkat bercuti. Saya tau pun sebab adik perempuan sy yg bongsu tu ambik video apartmen kat situ baru nampak penampakan GF adik sy tu. Terkejut beruk sy sebab dari awal dorg plan cuti boleh2 adik sy yg laki tu buat2 bodoh. Siap menipu saya lagi yg konon dia x nak ikut trip ni Pastu rela stay back sbb sy pregnant xda org jaga kat rumah hakikatnya tu semua wayang. Cuma saya heran dgn keluarga saya… dgn sifat agamawannya bagai nak rak, terasa diri tu terpaling pandai jaga anak dan bila part anak orang lain bukan main pandai dia mengecam orang TAPIIIIII part bila adik lelaki sy tu SEMUA DIBOLEHKAN!!!! Saya masih ingat lagi masa saya dan suami sy cuba nak halalkan hubungan kami, mak bapak sy dah serupa nak jual anak. Mintakk duit dgn alasan bertunang. Masa kami tunang hingga kawen 1 sen pun Family saya x tolong. Dorg mmg x bagi sy kahwin awal dan cuba utk melambat lambatkan proses tunang/kahwin kami. Apa yg dorg buat skg x padan dgn apa yg dorg ajar sy masa zaman sy bercinta. Sy x boleh keluar lama2, sekalipun lepas bertunang dan sy nak ziarah mak tunang sy tu yg uzur pun x kena bagi atas dasar sy perempuan walhal tempat tinggal sy tu mmg dh diatur tinggal bersama kakak tunang sy tu. Tapi yg peliknya, adik laki sy yg xda apa2 ikatan tu boleh pulak bawa GF dia kerana ke sini sampai bawak sekali bercuti.

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya fahm perasaan sis tetapi counsellor saya selalu berpesan ‘benda yang melibatkan emosi dan hati, dengar boleh tapi jangan masuk campur nanti effect awak and baby’. Dan saya follow advice tu. Kalau ada family members buat perangai or parents saya bergaduh & mak saya bercerita tentang abah saya, saya amalkan konsep ‘i am a listener but no opinion/decision will be given’. Sebab apa? Sebab kandungan awak and mental awak jauh lebih penting daripada semua nie. Semua dipermudahkan urusan.

Baca lagi
TapFluencer

Hai sis. Banyakkan berdoa. Bila dah tegur dan susah nak ubah mentaliti ibu bapa hanya mampu mengadu pada Allah. Pada masa yang sama cuba tegur lagi, ya mungkin akan rasa malas nak tegur tapi nak taknak kena tegur. Moga dipermudah urusan sis untuk menyedarkan keluarga sis

kdg2 memg ade fmily mcm tu.. dgn anak pmpn bkn main lg strict.. tp dgn anak laki mcm2 bley.. pdehal dosa tu x ikut jantina..

2y ago

Yang ni sy setuju 100%