7 Balas

Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, purata kenaikan berat badan setiap bulan bagi ibu ketika hamil ditentukan dengan kadar BMI seseorang. Secara purata, kenaikan berat badan yang sihat adalah dalam lingkungan 1.5 - 2 kg sebulan. Kenaikan berat badan yang terlalu banyak dan mendadak meningkatkan risiko penyakit kencing manis ketika hamil dan ini adalah tidak bagus untuk anda dan kandungan. Bagi mengatasi rasa lapar tanpa kenaikan berat badan yang terlalu drastik, anda disarankan untuk mengambil makanan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kurangkan makanan manis, berlemak serta tinggi garam dan gula, sebaliknya lebihkan pengambilan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Thank you doktor 😊

Dulu saya naik 6kg sebulan. Dr suruh stop maternal milk. Time tu saya minum frisomum. Kalau lapar saya mengulam. Pastu saya berjalan 30min ikut timer treadmill 3 kali seminggu.nasi saya kurangkan..apa2 gula saya kurangkan.banyal minum air kosong..

Tq sis..pasni saya nk bjalan 30min jgkla..takut jgk klu berat naik mendadak nanti ada complications

Boleh mkn banyak kali tapi dengan kuantiti sikit2...xlah berat sgt timbang nanti..saya cepat lapar jugak...last2 sy try mcm ni...alhamdulillah xnaik sgt berat badan tu...jgn lupa minum susu ibu juga ia akan kurangkan rase lapar jgk

😭 sy ni dla under weight...berat bdn mendadak naik 2kg every week..start naik mase 4 bulan,,skrg nk masuk 7 bulan..😭 terpaksa la nti minum air gula...😭padahal tk banyak pun kite mkn nasi...

Gudluck 😁

sy pun sma. 2 skli naik 1kg. pstu nurse sruh sy stop vit B yg diorg bg tuh. pastu sy timbang tgk turun 1kg. aduh pening

Sy naik sikit.. pastu turun sikit.. 😬

Mkn byk tp kuantiti sedikit...

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan