Surirumah
Sejak jadi surirumah ni, rasa otak saya tepu, nak sembang dgn jiran pun macam dah tak reti. buat tak tahu nanti kata tak bergaul dgn masyarakat pulak eh. Jadi, mana2 yg menjadi Suri rumah apa yg anda buat supaya otak kembali cergas,aktif, fokus?

Tiada keperluan pun berbual dgn jiran setiap hari. Saya berbual jika perlu je. Panggil bila nak perlu je. 1. Jika ada anak, buat aktiviti bersama-sama anak; menyanyi, latihan fizikal, baca buku, lukis dll. 2. Baca buku, tonton video yg kita suka. 3. Kemas ruang di bahagian rumah secara rotation. 4. Rehat. Pastikan waktu tidur cukup. 5. Bersenam. Aim 40 minit senaman selang sehari/ setiap hari. 6. Nak berbual, call lh adik beradik, mak ayah, kawan, suami. Saya jarang berbual ya sekarang. Tiada teman berbual (kawan-kawan) Banyak berbual dgn anak dan suami. 😁 Saya buat SUDOKU juga.
Baca lagi