PLEASE..JAGA HATI ORG2 HAMIL..
Sebenarnya sy nak luah dlm group ni knp ramai ibu2 sini GEMAR KOMEN yg menyakiti hati ibu2 yg lain.. lagi2 SOALAN ADAKAH IBU ITU HAMIL.. or apa2 laa soalan.. kadang2 ibu tu ingn support dari ibu2 lain bukannya tempat ibu2 lain tu menyakiti hatinyaaa.. kalau xada benda baik nak komen JANGAN KOMEN! Kita xtahu apa yg dia alami sebelum ini.. sekian 🥰

Terima kasih kepada yang telah menyuarakan pendapat di sini Dan terima kasih kepada semua yang telah membalas sama ada yang positif ataupun negatif. Aplikasi ini diwujudkan untuk memberikan sokongan dan membantu ibu atau bakal ibu daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Seharusnya Kita Menjaga setiap percakapan Kita tanpa mengira bangsa, agama mahupun latar belakang. Kerana tujuan utama Kita adalah untuk membantu Dan menyokong mereka Yang memerlukan. Sekiranya Ada soalan atau jawapan daripada pihak Yang tertentu Yang puan/tuan dapati tidak menyenangkan, saya sebagai admin nasihatkan untuk tidak tinggalkan sebarang Komen atau maklum balas berkaitan sesuatu post atau persoalan tersebut. Janganlah kerana percakapan kita, menyebabkan seseorang individu di dalam komuniti apps kita ni rasa kurang selamat, tidak yakin dan rasa tidak dihargai. Sesungguhnya kita tidak tahu setiap situasi yang mereka lalui kerana kita semua dilahirkan dalam keadaan yang berbeza-beza dan dengan latar belakang Yang berbeza. Tak Ada seorang manusia pon yang mempunyai situasi atau jalan hidup yang sama..Sebelum balas jawapan, kami juga telah letakkan notis supaya semua pengguna bersikap baik Dan menghormati satu dama lain. Saya selaku admin menjawab persoalan sekecil-kecil dan seremeh-remeh persoalan kerana saya juga pernah berada di tempat ibu-ibu yang lain. Persoalan kita memang kadang ada yang remeh, ada yang kata terlebih insecure, ada yang terlebih paranoid, tapi satu jawapan daripada seseorang individu percayalah , dapat menenangkan hati individu atau dapat menyelamatkan individu yang bertanyakan soalan tersebut. Kami daripada team theAsianparent cuba sedaya upaya untuk mengajar semua untuk menjadi positif dan bersikap terbuka. Mudah sahaja, jika ada yang anda tidak berkenan. Janganlah kita perlekehkan mereka yang lain. Jika Kita tidak mampu membantu dari segi percakapan yang baik, doakan je dari jauh semoga semuanya dipermudahkan segala urusan untuk individu tersebut. Ingatlah Kita semua termasuk kami sendiri, bahawa tiada satu pon individu yang sempurna dalam dunia ini dan kita memerlukan satu sama lain untuk memupuk masyarakat dan komuniti yang aman.
Baca lagi
A mother to a princess