Ank htr pusat asuhan, slalu sakit

Sblum lahirkan anak, tak prnah terpikir begitu penat jadi seorg ibu. Sye keje full time 9 sampai 8, tapi bleh work from home buat masa skrg. Anak htr pusat asuhan, die slalu sakit. Saya rasa penat sgt bila dia sakit sbb kena jaga dia kat rumah, kena keje lagi. Biasanya akan sakit jugak sebab jangkit dari baby. Waktu mlm, baby akan bangun nangis2. Bagi susu, nasal spray, inhaler, tapi masih nangis. Kadang2 rase menyesal ada anak. Sblum baby lahir, mmg nak sgt baby. Kesian kat baby jugak selalu sakit, tapi tak tau nak buat mcm mane.

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hmm sis. Semoga yang baik2 sahaja. Faham sebab penat tu. Bawa bersabar tau, sebab pejam celik sekejap je masa berlalu. Tuptup anak dah besar. Mesti rindu moment masa kita menjaga dia. Saya pun tak expect macam ni journey seorang ibu. Dulu kerja, tiba2 takboleh nak kerja dah sebab anak ada masalah kesihatan. Bila sorang tak kerja, ada masalah kewangan pulak. Nak makan pun susah. Masa mula2 tak biasa dengan keadaan ni, saya merungut. Mungkin sebab terkejut. Tak sangka susah macam ni. Tapi setiap hari, saya cuba tanamkan dalam diri saya betul2 ikhlas nak jaga anak saya sepenuh hati. Allah dengar, bila anak membesar makin rasa kesenangan dalam hidup. Rezeki suami bertambah2. Takpe ibu, penat tu normal. Kita manusia, bukan robot. Kita ada perasaan. Suami kena banyak membantu. Bab anak ni, masing2 kena saling belajar dan memahami. Anak tu amanah untuk dijaga.

Baca lagi