Gulai ikan haruan

Saye tengah pregnant 28 week, mil masak gulai ikan haruan tapi saye ni memang tak pernah makan langsung ikan haruan. Jadi tadi mil suruh saye makan sebab die cakap nanti senang nak bersalin. Tapi saye ade dengar katenye tak elok makan ikan haruan nanti kulit faraj jadi lembut macam tofu bile kene jahit. Saye tak makan pun ikan tu tadi tapi saye ambil kuah je.

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g sendiri MAKAN HARUAN SELEPAS PEMBEDAHAN? Ikan haruan (Channa striata) adalah ikan air tawar yang banyak sekitar Asia Tenggara. Ia menghuni longkang, sawah, parit dan sungai. Harganya tidaklah mahal, tidak juga menjadi kegemaran masyarakat. Di Indonesia, ia dijadikan ikan masin dan jeruk yang meningkatkan lagi nilai ekonominya. Ikan haruan hanya selalu diburu untuk dijadikan hidangan selepas bersalin dan pembedahan atau luka. Terdapat beberapa kajian menunjukkan ekstrak ikan haruan meningkatkan penghasilan kolagen untuk penyembuhan luka. Prostaglandin yang terlibat dalam proses inflamasi dan kontraksi tisu dalam proses penyembuhan luka (wound healing) juga diaruh tinggi dengan ekstrak haruan berbanding kawalan ujian. Menariknya, terdapat beberapa ujian klinikal terhadap manusia telah dijalankan pada skala kecil (di Malaysia tau! Siapa kata Malaysia halang produk dan petua tradisi tu?) Hasilnya, selepas pembedahan Caesarean (lower segment caesarean section, LSCS) ibu yang diberi 500mg ekstrak haruan menunjukkan keadaan penyembuhan luka yang relatif cepat berbanding plasebo. Ada juga kajian kecil pemberian ekstrak haruan terhadap pesakit yang melalui coronary artery bypass grafting (CABG), juga menunjukkan hasil positif. Jadi, PERLUKAH kita ambil haruan setelah pembedahan? Mungkin ikan haruan yang dimasak oleh ibu dan nenek kita tidak mencapai 500mg ekstrak setiap hari. Namun, ia dimasak dengan kasih sayang dan pengharapan supaya kita sembuh dengan cepat dan elok. Haruan juga sumber protein dan asid lemak yang baik untuk diet kita. Tetapi, BUKAN KEPERLUAN untuk mengambil ikan haruan sehingga bersusah payah mencarinya. Jika, tak lalu makan haruan pun.... Janganlah sehingga bermasam muka dan stress pening kepala, ya! Pengambilan sumber protein yang baik dan seimbang adalah penting bagi penyembuhan luka. Jadi, ambillah protein, nak ambil haruan sebagai protein juga elok. Kan? Jika anda dilarang untuk mengambilnya oleh doktor anda pun, ikutlah nasihat yang diberikan. Berlapang dada lebih baik... Buatlah apa pun yang elok untuk menjaga kasih sayang sesama manusia, lebih-lebih lagi ibu sendiri (yang selalunya berniat baik). Ini sains, beb! Berkaitan tentang kejadian pelekatan (adhesions), tiada pula kajian mengenainya. Pelekatan terjadi akibat luka itu sendiri. Tetapi tanpa kajian khusus, tiadalah boleh kami berikan komen berkaitan pengambilan haruan boleh meningkatkan pelekatan selepas luka pembedahan atau tidak. #cisplatin sedap pulak tengok gambar haruan bakar tu... #SainsDapur Rujukan: Bakar MR, Kadir AA, Wahab SZ, Karim AH, Hussain NH, Noor NM, Omar J, Bai SB, Mahmood WH, Razak AA, Yunus R. Randomized controlled trial on the effect of Channa striatus extract on measurement of the uterus, pulsatility index, resistive index of uterine artery and superficial skin wound artery in post lower segment caesarean section women. PloS one. 2015 Jul 29;10(7):e0133514. Wahab A, Zubaidah S, Abdul Kadir A, Nik Hussain NH, Omar J, Yunus R, Baie S, Mohd Noor N, Hassan II, Mahmood W, Haslindawani W. The effect of Channa striatus (Haruan) Extract on pain and wound healing of post-lower segment caesarean section women. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. 2015;2015. Dillion J, ME MT, Yunos M, Baie S, Nordin B. A study on the effect of Haruan fish extract (Channa striatus) on wound healing and quality of life of coronary artery bypass grafting (CABG) patients: A prospective, double-blind, randomized, controlled trial. Sahid NA, Hayati F, Rao CV, Ramely R, Sani I, Dzulkarnaen A, Zakaria Z, Hassan S, Zahari A, Ali AA. Snakehead consumption enhances wound healing? From tradition to modern clinical practice: a prospective randomized controlled trial. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. 2018 Jan 1;2018. Sahid NA, Hayati F, Rao CV, Ramely R, Sani I, Dzulkarnaen A, Zakaria Z, Hassan S, Zahari A, Ali AA. Snakehead Consumption Enhances Wound Healing? From Tradition to Modern Clinical Practice: A Prospective Randomized Controlled Trial. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. 2018;2018. Baie SH, Sheikh KA. The wound healing properties of Channa striatus-cetrimide cream-wound contraction and glycosaminoglycan measurement. Journal of ethnopharmacology. 2000 Nov 1;73(1-2):15-30. Jais AM, Dambisya YM, Lee TL. Antinociceptive activity of Channa striatus (haruan) extracts in mice. Journal of Ethnopharmacology. 1997 Jul 1;57(2):125-30. Kwan SH, Abdul Aziz NH, Ismail MN. Bioactive Proteins in Channa striata Promote Wound Healing through Angiogenesis and Cell Proliferation. Protein and peptide letters. 2020 Jan 1;27(1):48-59. Susibalan BD, Abdullah B, Lazim NM, Kadir AA. Efficacy of snakehead fish (Channa striatus) in subjects with allergic rhinitis: a randomized controlled trial. Oriental Pharmacy and Experimental Medicine. 2018 Sep 1;18(3):209-15.

Baca lagi
Post reply image

yg bukan2 je dengar mane tu makan ikan haruan kulit JD Macam tofu la pulak.. Sy Dari blom mngandung, time mngandung, dah bsalin makan ikan haruan tp bukan gulai.. Goreng garing2 dan buat sambal cili padi.. sedap sis.. tu semua trpulang pada Kita nk makan atau X.. sumber protein tu Sama la MCM makan ikan2 lain..

Baca lagi

Hmmm mitos ja tu makan ikan haruan sampai kulit faraj lembut. Makan sekali ja takde nya jadi gitu. Kalau tak makan cakap je taknak. Cakap ja awak takleh hanyir ikan tu tak lalu. Settle problem sis. Learn to say no.

awak mitos je tu. sy yg xmkn ikan haruan ni mcm mana pulak. masa beranak 2nd baby doctor ckp kulit bawah sy lembut. terkoyak sendiri walaupon tak byk. tengah dok jahit doctor boleh gtau nk jahit pon susah. acane tu😂😂

klau mkn sekli sthun,tu pom bukan hbis seekor ikan haruan takkan rapuh la 😂 jenis mmg tak mkn tak yah la mkn .. xde plk dgr ikan haruan bleh buat faraj jd lmbut mcm tofu 🥲 oke la tu ambik hati mil ambik kuah je ..

TapFluencer

takpernah pulak dgr, yang saya tahu ikan haruan bagus untuk orang berpantang, sembuhkan luka jahitan. nak atau taknak makan terpulang pada sis, tapi tak pernah dgr pulak ikan haruan boleh buat kulit faraj lembut.

Tak pernah dengar ikan haruan pnyebab kulit faraj jd lembut..br pertama kali dengar..klu stakat sekali setahun makan takkan terus rapuh kulit tu

taktahu la. banyak sangat "cerita" pasal ikan haruan ni. entah betul ke tak. kalau tak pernah makan langsung then takpayah makan pun takpe.

x tahu lh dik.. x prnh dgr plk pantang larang gini.. mkn je lh seketul dua ambil hati mak mertua.. bkn mkn hari²..

stahu sy , kalau tmpat sy ikan haruan bgus d mkn kalau time pantang sbp prcepatkn pnyembuhan luka jahitan