MIL mulut bingit tapi hati baik

Saya wanita berusia 30 tahun, berkerja tetap (gov).. baru setahun berkahwin.. dan sekarang sedang hamil 35 minggu.. Suami memang baik akhlaknya.. alhamdulillah.. Awal kahwin memang MIL ni baik la takde masalah apa pun.. mulut dia je kadang bingit sikit.. cakap style tengking-tengking.. saya boleh kata saya dah terbiasa.. Cuma jadi isu bila saya macam berseloroh dengan suami mengenai tempat saya nak beranak dan berpantang.. Saya baru beli rumah dan bercadang nak berpantang di sana.. susah sikit berpantang kat rumah sewa yang serba serbi kena repair.. lagipun kalau boleh taknak menyewa dah. Nak bayar rumah tu lagi sewa lagi.. botak pala oiii.... MIL bila dengar je saya cakap nak berpantang kat rumah yg saya beli, dia punya bingit tu sampai sound saya dekat depan satu family besar terus "Eh orang tak bercakap lah macam tu. Nak pantang mana nak beranak kat mana" Depan semua orang. Wah. Dengan lantangnya. Saya tahan je air mata masa tu majlis tahlil atuk suami saya, saya tunggu nak balik sebab nak nangis dalam kereta. Tak faham lah dengan orang tua ni. Saya beli rumah tu untuk keluarga kecil saya. Suka hati saya lah saya nak berpantang ke nak bergolek sekalipun kat rumah tu?? Satu sen pun saya tak mintak duit dia atau pun duit anak lelaki dia sebab tu harta dan aset saya sendiri. Sepatutnya bersyukur dapat menantu ni beli rumah takyah nak susahkan anak lelaki dia. Saya tak respon langsung mulut dia masa tu. Saya malas layan. Masa saya cakap saya nak beranak kat mana pun dia marah macam tu dan ugut "Amboi memilih milih! Orang tak bercakap lah nak beranak kat mana apa semua. Kang aku tak peduli terus pandai-pandai la kau hidup" Saya bagitahu suami "kalau taknak peduli pulangkan saya kepada family saya. Bagi family saya jaga. Atau saya jaga family saya. Macam sebelum kahwin." Suami dah takut bila saya cakap macam tu. Kesian dia. Kami sayang satu sama lain tapi mesti ada konflik melibatkan perangai MIL. Ni bukan pertama kali saya cakap macam tu. Semua berpunca dari perangai MIL. Nak taknak saya kena nyatakan tempat saya bersalin.. saya ni kerja kot.. bukan suka2 boleh serah diri kat mana-mana tanpa inform sesiapa.. Doktor pun suruh pilih tempat beranak supaya dia boleh buat surat referral kalau tempat beranak saya jauh dengan tempat checkup tu. Apa yang jadi isu sangat? Saya tak kata pun saya WAJIB beranak kat situ. Bukannya saya kata "TAK KIRA LA APA JADI AKU NAK BERANAK KAT SITU JUGAK" Kalau orang tanya pilihan saya sebut la pilihan saya tu. Entahlah. Benda macam tu pun nak kena jadi isu sampai sound saya kat depan semua orang. Malu sampai tak bercakap langsung saya kat majlis tahlil tu. Saya masuk je kereta saya terus bagitahu suami kalau tak sempat nak masuk rumah baru (biasanya masuk rumah baru lepas dah siap solat hajat etc etc) saya nak berpantang sorang-sorang di rumah mak saya. Takde siapa boleh kacau. Jauh daripada keluarga mentua. Suami saya kata takmau.. sebab dia nak jaga saya. Dia nak jagakan baby. Dia taknak tinggal saya sorang-sorang. MIL tak tahu lagi saya upah CL ni. Kalau dia tahu saya dapat rasakan dia akan bingit lagi. Mesti nak ngungkit "ha nak buat macam mana orang tu duit kepuk-kepuk" katanya. Saya tak suruh sesiapa pun tolong cuci rumah ke apa ke buat solat hajat ke apa. Saya faham dia kalut nak settlekan majlis tahlil tu. So saya tak kacau la. Takpela kalau tak sempat berpantang kat sana then saya akan berpantang kat rumah mak saya je lah. Bising depan family besar kenapa. Marah menantu sendiri depan orang lain. Mujur orang lain diam je tak jadi penambah perisa. Saya taktau lah nak letak mana airmuka saya masa tu. Entahlah. Saya sensitif sangat maybe sebab menunggu hari nak beranak. Menangis-nangis saya cakap saya nak berpantang rumah mak saya sendiri. Suami duk lah dengan mak dia. Sebab rasa suami saya je boleh tahan dengan mulut bingit macam tu. Suami saya insist nak jaga saya dan baby. Baiknya suami saya. Saya taktau nak balas jasa dia macam mana. Kesian suami saya dia rasa bersalah sebab mak dia buat saya nangis. Saya pun serba salah nak nangis, saya ingat nak tahan je sampai saya meninggal tapi ternangis jugak. Saya sayang suami saya dan saya nak baby saya lahir membesar dengan ayah dia ada bersama dia.. Cuma saya ni kadang kerap betul minta dipulangkan kepada family. Sebab saya dah cukup kusut dengan perangai MIL yang kadang baik kadang mulut bingit. Taktahu berapa lama boleh tahan. Terima kasih sudi baca panjang-panjang.

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mil sis lebih kurang dengan mil saya. Saya pun kerja stabil ada pendapatan tetap, boleh berdikari, in short boleh jaga anak lelaki dia. Tapi benda tu tak cukup menyenangkan hati dia. Ada sahaja cerita yang dicanangkan merata-rata. Dia suka jaja cerita keburukan saya dekat adik-beradik dia. Tak tahu lah manusia jenis apa. Tak tahu malu dan tak reti bersyukur agaknya dapat menantu yang tak menyusahkan sesiapa. Deposit rumah sewa = saya bayar. Katil = saya beli Peralatan dapur = saya beli Rumah banglo= saya beli dan saya bayar. Sama macam sis. Saya sanggup berjauhan dengan ibu saya yang masih memerlukan perhatian saya demi nak ikut anak lelaki dia. Takde lah saya nak paksa anak dia tinggal berdekatan dengan ibu saya supaya saya boleh jaga ibu. Takde. Saya redha sahaja anak lelaki dia masih dekat dengan dia. Tapi dia ni tak tahu malu. Kalau saya di tempat dia, saya malu nak bercakap dengan menantu saya yang serba serbi ada dan tidak berkira bila anak lelaki saya tak mampu menyediakan semua. Tapi dia, habis buruk saya dia cerita kat adik beradik dia walaupun kami tidak tinggal sebumbung. Saya biasa juga pergi rumah keluarga besar suami saya. Tapi oleh sebab saya tak berapa gemar berbual dengan mil, saya banyak berbual dengan mak-mak saudara suami saya. Mereka semua baik, cakap lembut-lembut dan takde nak canang pasal anak mereka ke apa. Semua pandai simpan cerita peribadi. Betul lah orang kata. Kalau kita bagus sangat pun tak kena, orang akan tetap cari salah. Kalau saya tahu saya takkan pilih untuk berkahwin dan jadi menantu sesiapa walaupun saya ni boleh kata menjadi rebutan makcik-makcik untuk dijadikan menantu. Saya tak pernah mengadu perangai mil saya kepada sesiapa. Saya menangis sorang. Suami saya pun tak tahu saya banyak makan hati dengan mak dia. Untung sis suami faham dan sanggup pujuk sis. Saya ni takut nak bagitahu suami takut dia kecik hati dan saya tahu dia akan backup mak dia. Saya hari-hari fikir nak berpisah sebab saya tak suka mil, saya benci perangai mil tapi saya tak sanggup berpisah dengan suami saya. Kami dah lalui macam-macam bersama. Susah, senang dan macam-macam. Saya bertahan dalam rumahtangga atas kasih sayang saya kepada suami. Dan suami saya menjadi tempat saya bergantung bila emosi saya rapuh. Semoga jodoh kami masih panjang walaupun saya benci dan meluat dengan perangai mil saya. Saya masih hormat atas dasar dia ibu yang lahirkan suami saya. Selain tu, she doesn't deserve any kind of respect from me.

Baca lagi