lepas ni kalau kena lagi, tolong pergi hospital dan buat report polis, jangan tarik report..
kalau awak sayangkan anak awak, awak kena keluar drpd perkahwinan yg toksik ni, jangan biarkan anak membesar dan lihat benda2 macam ni..
biasanya hak jagaan anak di bawah beberapa tahun lebih mudah dapat kepada ibu..
awak bgtau family dulu, atau kalau ada peluang kumpul la seringgit dua, sorok dan jangan sampai suami tahu, tu duit kecemasan awak untuk keluar andai apa2 jadi..
semoga Allah permudahkan urusan awak ye..
sambil2 boleh online, ambil la masa belajar hak2 wanita dan isteri serba sedikit, tak ada ketaatan untuk perkara bertentangan dengan syarak ye..
dan dalam islam, wajib menjaga nyawa, setaat mana pun isteri pada suami, kalau dah sampai boleh membahayakan nyawa, mendatangkan kecederaan, boleh keluar selamatkan diri..
Anonymous