Baby meninggal dalam rahim

Saya telah kehilangan baby saya pada harini. Penghuni pertama rahim saya. Saya ada buat detail scan untuk mengetahui keadaan baby saya disebabkan perut saya makin mengecil sepanjang 2 minggu. Setahu saya jika perut mengecil tandanya air ketuban semakin berkurang jadi saya ingin check sama ada buah pinggang baby saya ada problem ataupun tak dan nak tengok keadaan baby. Baby okay dan sempurna anggota badan buah pinggang pun okay. Tapi yang masalah adalah air ketuban berkurang, baby kecik 2 minggu dari usia dia dan plasenta berada dekat sangat di belakang baby. Doktor swasta meminta untuk saya ke emergency hospital untuk doktor pakar hospital check lebih detail. Tapi bila doktor swasta call KK tempat saya checkup ia mengatakan tak perlu ke emergency hospital kerana bukan kes emergency. Dia hanya suruh datang KK selepas cuti hari agong untuk check. Tapi harini baby saya dah tak ada dalam kandungan, tak ada pergerakkan dari pukul6 pagi sewaktu bangun tidur dan saya telah pergi ke pac emergency pada pukul10.30 pagi kerana baby tiada pergerakkan langsung. Sekiranya saya terus ke hospital selepas buat detail scan jumaat lalu pasti baby saya boleh diselamatkan. Doakan untuk saya kuat dan tabah menghadapi ujian ni #firstbaby

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Allahuakhbar 😭😭 Salam takziah sis . Baby meninggal week krberapa sis ? Smoga dipermudahkan sgala urusan sis .