Baby meninggal dalam rahim

Saya telah kehilangan baby saya pada harini. Penghuni pertama rahim saya. Saya ada buat detail scan untuk mengetahui keadaan baby saya disebabkan perut saya makin mengecil sepanjang 2 minggu. Setahu saya jika perut mengecil tandanya air ketuban semakin berkurang jadi saya ingin check sama ada buah pinggang baby saya ada problem ataupun tak dan nak tengok keadaan baby. Baby okay dan sempurna anggota badan buah pinggang pun okay. Tapi yang masalah adalah air ketuban berkurang, baby kecik 2 minggu dari usia dia dan plasenta berada dekat sangat di belakang baby. Doktor swasta meminta untuk saya ke emergency hospital untuk doktor pakar hospital check lebih detail. Tapi bila doktor swasta call KK tempat saya checkup ia mengatakan tak perlu ke emergency hospital kerana bukan kes emergency. Dia hanya suruh datang KK selepas cuti hari agong untuk check. Tapi harini baby saya dah tak ada dalam kandungan, tak ada pergerakkan dari pukul6 pagi sewaktu bangun tidur dan saya telah pergi ke pac emergency pada pukul10.30 pagi kerana baby tiada pergerakkan langsung. Sekiranya saya terus ke hospital selepas buat detail scan jumaat lalu pasti baby saya boleh diselamatkan. Doakan untuk saya kuat dan tabah menghadapi ujian ni #firstbaby

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

salam takziah utk puan. sedikit maklumat, jika kehamilan bawah 28mgg dan kering air ketuban wpon bby dijangka tiada mslh, baby tetap tidak dpt lahir hidup. jika puan dimasukkan ke hosp,pihak hosp juga tdk dpt lakukan apa2, hny sekadar check, wadred sehari dua n lepaskan pulang. Tiada rezki di dunia, tp ada rezki di akhirat. salam takziah sekali lg.

Baca lagi

bila saya fikir blkkan...kakak saya kan dia dh 6 org ank surga...las dia megandung ank dia luar rahim...las2 doktor ckp rahim sebelah kena buang...tinggal sebelah...saya sedih tengok kk saya.....bila org tanya ank dh berapa org...kt kk saya....saya rasa nk je tutup mulut org tu guna kain....saya rasa geram sangat...

Baca lagi

Salam takziah untuk puan sekeluarga . Terkedu baca posting ni . Semoga allah swt mengantikan yg lebih terbaik selepas ini . Jaga kesihtan puan . Jgn stres2 ramai lagi yg syg kan puan . Percaya lah setiap yg belaku pasti ada hikmah nya . Sy doa kan puan kuat dan sihat tubuh bdn aamin2

Salam takziah awak, pada para ibu sekalian ikut gerak hati masing². Jika rasa tidak sedap hati cepat² shj ke hospital. Peringatan utk diri saya jugak. Semoga puan diberikan pengganti rezeki yg berlipat kali ganda, dan dimudahkan urusan puan. Salam takziah.

Salam takziah ya sis, faham perasaan sis.. moga sis dan suami di beri kesabaran dan ketabahan dlm hadapi ujian ni.. sy doakn moga Allah beri rezeki yg tak disangka2 buat sis skeluarga ya jgn sedih dan stress ya sis.. in shaa Alla Aamiin 🤲✨

Sedihnya menangis saya. Salam takziah sis semoga awak kuat menghadapi ujian ni. Besar nya ujian awak. Kuat ya sis. Kalau boleh nak peluk kuat kuat.baby dah tunggu di pintu syurga tu. 😭😭😭

Salam takziah puan.. saya doakan Allah berikan kekuatan utk puan & keluarga.. anak puan dah bermain2 di taman syurga.. semoga puan redha & ikhlas menerima ujian ni puan ❤️

salam takziah ye Puan... semoga puan kuat dgn suami...banyak2 bersabar..semoga ada rezeki buat kali ke dua ..amin...salam takziah sekali lagi ye Puan..

Allahu sedihnyee.. semoga sis tabah dengan ujian.. semoga dipermudahkan segala urusan.. Insyaa Allah moga yang baik2 saja buat sis.

Allahuakhbar 😭😭 Salam takziah sis . Baby meninggal week krberapa sis ? Smoga dipermudahkan sgala urusan sis .