Luahan hati pasal rumah tangga. Taknak duduk dengan mertua

Saya tak tahu nak luah dekat siapa so saya luah kat sini . Dulu before kawin suami cakap nak duduk dengan mak dia setahun je. After setahun baru duduk sendiri sebab bila duduk dengan mertua dapat la kumpul duit sikit sikit. Sekarang saya mengandung tak sangka juga allah beri zuriat anak secepat ni. 2 minggu kawin terus lekat anak dalam kandungan. Bulan depan saya dah bersalin. Now kitorang dah 8 bulan kawin. Bulan 5 nanti genap la setahun. Tapi suami mcm taknak duduk sendiri sebab katanya takde duit nanti kos hidup lagi tinggi. Baik duduk dengan mertua so tak de la hidup ni susah nanti. Mak mertua saya baik je takde masalah apa cuma saya nak hidup privacy saya nak duduk sendiri. Lagi pun suami saya dua beradik je dengan abang dia. So dalam rumah saya kene pakai tudung. Bulan 8 nanti abang dia dah nak kawin and duduk satu rumah dengan mertua juga. Hati saya lagi membuak buak untuk keluar dari rumah nak duduk sendiri. Tapi suami saya selalu risau tentang duit sebab gaji dia rm2300 je bersih. Kami tinggal di bandar. So gaji memang cukup cukup makan je. Berdosa ke kalau saya nekad untuk duduk sendiri juga? Saya sedih la saya nak hidup yang ada privacy. Pernah bagitahu suami nak duduk sendiri ada privacy sikit tapi husband cakap mcm ni “ sibuk je nak fikir privacy dia” saya sedih sebab husband tak faham. Dulu before kawin janji nak duduk setahun je dengan mertua. Tapi sekarang mcm takde bayang apa pun untuk duduk sendiri. Saya tak berani nak cakap pasal duduk sendiri dengan suami saya lagi sebab malas nak gaduh. So saya just luah kat sini. Kalau mommy sekalian ada pandangan tolong la komen. Saya buntu tak tahu nak cerita dekat siapa. Saya taknak la share rumah tangga dekat orang yang saya kenal nanti saya berkira dosa aibkan suami sendiri. Tolong bagi pandangan untuk saya🥲#pleasehelp #bantusharing #bantusharing #ingintahu

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

pada sy jika mertua baik, takda masalah. mmg agak leceh kalau keluar bilik kena pakai tudung apa semua tp nk mcm mana kan. kita kena jaga aurat kita. lain la kalau jenis tak kisah, tu lain cerita. ttg ddk bandar, kerja sorang & gaji 2.3k mmg tak cukup. jujur ckp. sewa rumah bandar dah cecah 7-800 sebulan. tu baru sewa, belum kos2 lain. dah sewa takkan ddk rumah kosong. nk beli brg rumah pun makan ribu2 juga zaman ni. bila ddk rumah mak, mmg duit tu boleh save. tu pun sis ckp cukup makan. ni lg nak ada baby jap lg. lg byk pakai duit. saranan sy, sis sabar je dulu. since sis pun nak beranak dah. tak perlu serabut. sis nak privasi, ddk je bilik. Insha’Allah mak mentua faham yelah dah sarat mengandung. sis pun ckp takda masalah dgn mentua. cuma masalah privasi yg sis rasa mcm tak bebas. sy faham je sbb awal2 dulu pun sy ddk rumah mentua. sy takut kalau sis nekad nak ddk sewa luar, mcm2 masalah lain pula jadi. terutama masalah kewangan. kecuali mmg ada duit lebih, tu takda masalah. mmg kewajipan suami kena sediakan tempat tinggal utk isteri tp tu jika dia berkemampuan. dgn kadar gaji & kos hidup skrg ni, sy rasa suami sis belum mampu nak sewa luar. dlm masa sama sis boleh pujuk lg. cuba cari rumah sewa sekitar yg berpatutan & cadang kt suami. sy doakan moga semua dipermudahkan & berjalan lancar. sis jgn stress2 ya kesian baby nanti kt dlm muka berkerut hehe☺️

Baca lagi
3y ago

so persoalannya dpt saving tak ddk rumah mertua ni? kalau cash flow sama mcm ddk sendiri, better ddk sendiri je. lgpun rumah dah ada, tinggal duduk & teruskan bayar sahaja. cuma kalau awk plan nk resign lepas bersalin, taktau la kewangan korang mcm mana pulak. unless awk mmg dah ada saving yg byk. kdg laki ni risau sbb sebelum ni semua serba serbi dah ada, semua mak ayah ada. lepasni kena gerak sendiri nanti takut itu takut ini. kalau awk mmg nk, kena bertegas lah. cuma kena jugak list pro & cons nya. sbb ddk sendiri ni mmg lain, semua pun kena sendiri2.