Krisis Rumahtangga

Saya sudah berkahwin 3 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Saya seorang isteri. Saya, suami dan anak-anak ddk dengan keluarga saya sepanjang perkahwinan. Kami ada rumah sendiri tapi bila nak pindah je ada je mak ayah sy mcm bg alasan yg buat saya tak jadi nak pindah rumah sendiri. Saya nak jaga hati suami dalam masa sama saya nak jaga hati keluarga saya juga. Punca saya nak berpindah adalah kerana suami sudah mula rasa tak selesa dan nak mula ada kehidupan sendiri kerana keluarga saya selalu get involve dengan apa yang kami nak buat. Dari segi penjagaan anak, penjagaan rumah tangga dan segalanya. Jadi saya sendiri rasa yang hubungan begini tidak sihat bila keluarga dah masuk campur. Saya sering gaduh dgn suami sbb suami kata sy selalu ketepikan pendapatan dan perasaan die malah saya lebihkan keputusan keluarga saya. Saya jadi serba salah. Saya cuma boleh mengharapkan suami untuk memahami suami saya yang tersepit ditengah-tengah. Saya sekadar mahu berkongsi luahan hati kerana saya dah mula serabut. Saya sedang berpantang sekarang dan tak sabar nak pindah rumah saya sendiri supaya suami berpuas hati. Tapi mak ayah saya pula…. Saya ada bg hint ckp lepas pantang nak pindah…mereka tetibe carikan anak sy pengasuh di kawasan rumah mereka. Saya taktahu nak cakap mcm mana.

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bagi pendapat saya. Lepas kahwin mmg kena duduk berasingan. Bila dah kahwin ni wajib dgr cakap suami. Bukan suruh abaikan parents, salah kalau abaikan. Boleh dtg jenguk tiap2 minggu n duit pocket pun bagi sekali kat dorang setiap bulan. Tu caranya. Bukan duduk sekali dgn parents.. salah tu. Hal keluarga takleh org lain tahu boleh tibul masalah besar. Lagi2 kalau parents masuk campur.. sedangkan benda simple leh uruskan sendiri tapi bila dah campur tangan huru hara jadinya.. sebb tu la kena duduk rumah sendiri

Baca lagi