Krisis Rumahtangga

Saya sudah berkahwin 3 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Saya seorang isteri. Saya, suami dan anak-anak ddk dengan keluarga saya sepanjang perkahwinan. Kami ada rumah sendiri tapi bila nak pindah je ada je mak ayah sy mcm bg alasan yg buat saya tak jadi nak pindah rumah sendiri. Saya nak jaga hati suami dalam masa sama saya nak jaga hati keluarga saya juga. Punca saya nak berpindah adalah kerana suami sudah mula rasa tak selesa dan nak mula ada kehidupan sendiri kerana keluarga saya selalu get involve dengan apa yang kami nak buat. Dari segi penjagaan anak, penjagaan rumah tangga dan segalanya. Jadi saya sendiri rasa yang hubungan begini tidak sihat bila keluarga dah masuk campur. Saya sering gaduh dgn suami sbb suami kata sy selalu ketepikan pendapatan dan perasaan die malah saya lebihkan keputusan keluarga saya. Saya jadi serba salah. Saya cuma boleh mengharapkan suami untuk memahami suami saya yang tersepit ditengah-tengah. Saya sekadar mahu berkongsi luahan hati kerana saya dah mula serabut. Saya sedang berpantang sekarang dan tak sabar nak pindah rumah saya sendiri supaya suami berpuas hati. Tapi mak ayah saya pula…. Saya ada bg hint ckp lepas pantang nak pindah…mereka tetibe carikan anak sy pengasuh di kawasan rumah mereka. Saya taktahu nak cakap mcm mana.

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ustaz ada ckp, suami kena utamakan Isteri, Anak baru Keluarga Lain... Same goes to si isteri juga.. Wajib utamakan Suami, Anak, baru Keluarga Lain.. Awak dah jadi tanggungjawab suami, haruslah taat pada suami. Apa yg suami tak suka jgn buat, mcm tu juga suami... Apa yg awak tak suka suami jgn buat... Kena lah berlaku adil... Kena ada tolak ansur... Anak2 awak tu semua bawah tanggungjawab suami jugak, awk kne lah main peranan jugak sebagai isteri sebagai ibu.. Cuba lah bagi parents awak paham situasi awak..

Baca lagi