sakit kepala, sakit perut, takde selera makan.

Saya suami kepada ibu mengandung. Isteri saya selalu complain sakit kepala, sakit perut dan takde selera makan. Apa patut saya buat? Saya sebagai lelaki, kalau sakit kepala saya rehat, sakit perut saya makan. Kalau isteri saya, takde selera, dia tak makan. Bila tak makan, sakit perut. Bila sakit perut, sakit kepala. Saya tanya apa saya patut buat untuk dia pun dia tak tahu. Ada nasihat pada saya?

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sediakan mknn y dia suka.. Buah2an paling simple.. Kalau saya, sy suka mkn yogurt.. Pastikan rehat cukup.. And minum air y cukup.. Kdg2 bila dehidrasi mang bdn akan lemah dan semua serba xkena.. Semoga dipermudahkan.. Harap suami tabah and kuat layan istri.. Isteri kalau boleh xda niat pon nk menyusahkan.. Hanya ingin difahami.. 😊

Baca lagi

Bsabar la jge prgnant mom ni.. Kitrg bukan buat2 mgade2 😂 layan baik2 kalau xboleh makan nasi bgi buah ke, roti ke, biskut ke, at least ade something dlm perut tu.. Minum susu jgn lupe.. And buatkan dia bubur or mihun sup ke ape2 yg dia slera..

Ibu kena kuat semangat. Jngn fikirkn perasaan sgt xselera tu.. sy awal pregnant memang xselera. Muntah.. tp sy paksakn diri untuk makan. Kadang2 telan nasi sampai menangis la punya xselera. Sy fikir untuk anak dlm perut je.. dia nk membesar..

Saya sedang pregnant 1st trimester, setiap kali makan akan muntah balik sampai takde selera nak makan, berat badan pun turun. Tapi paksa diri makan jugak walaupun baru lepas muntah. Kita fikir baby nak develop

Memang susah sikit nak makan sbb kurang selera. Tapi kena paksa juga utk makan. Blh try makan mcm roti/ buah/ sup.. kena kerapkan makan. Kesian baby kat dlm. Nanti kurang nutrisi. Cuba encik pujuk isteri

isteri encik sama mcm sy...😅 selalu xde selera makan..tapi klu kt umah apa pn sy masak sy xmkn xde selera.. sy pn xtaw apa sy nk makan.. mkn je muntah...

Cari mknn yg dia suka..skrg Sy 1st trimester and ke5 n 1st time alahan...nk mkn benda msm je..aprikot kering Sy pstikn Ada..utk kudap Bila xde selera

Mungkin dia nak makan angin.. bawak la isteri jalan2 makan2 kat luar. Dating kat tasik ke pantai ke hihihii

Klau sy dlu, siang ary sy mkn buah2 je...n bila mlm suami akan paksa nasi wlaupun 2-3 suap je

Pegi hospital kalau muntah teruk dan langsung xde makan.