hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Allahu. Ikut kemampuan sayanggg. Jangan membebankan yaaa. Jangan pula sampai suami berhutang. Kesian dekat dia. Saya alhamdulillah emergency czer. Dekat HTAR jee wakk. Tapi wad and layanan mantop macam swasta dahhh. Nak epidural pun ada haa. Bersalin mana mana pun sama je sakitnya. Tak ada beza punn. Kalau ada rezeki baik amik CL jee. Swasta kena fikir pula resiko tiba tiba awak kena czer. Mahu sampai 10k tak termasuk hidden charge yang lain. Apapa pun semoga urusan awak dipermudahkan

Baca lagi

hi mommy. mcm sy tahu keadaan husband sy mcmn. ye, sy mgharap dpt bersalin kat hosp swasta tp xde rezeki lagi masa tu. barang baby pun bukan murah. bersalin kat hosp gov ok je. sama je service dia. sebelum sy bersalin, sy da ckp awal² kat husband sbb taknak dia susahati. sy ok je bersalin kat hosp gov. yg penting husband dpt temankan sy d labour room (bersalin normal). 4 hari 3 mlm, rm39 je. lepas blk dr hosp, byr upah tukang urut dan bertungku. lagi selesa duk rumah 🫠

Baca lagi

ukur baju dibadan sendiri sis.. bg sy ckuplah awk dan bby selamat.. lepas bersalin, bnyak lagi duit nk guna.. maaf kalau ayat sy awak terasa.. kalau awak ada simpanan, guna simpanan awak if suami xmmpu nak bayar semua bill swasta nnti.. berkongsi sikit sorg kalau awak nak sgt bersalin dkt swasta.. kita kene faham juga kemampuan suami tahap mana... suami tuu kalau boleh nak yg terbaik utk anak isteri dia.. jgn dsbbkn kehendak kita, kita membebankan suami pula... 😊

Baca lagi

Saya cadangkan anak pertama hospital kerajaan kerana pakar2 lebih senior dan berpengalaman. Klu hospital swasta lebih mengutamakan profit, jd czer rate kat swasta lg tinggi berbanding kerajaan apatah lg kpj. Ya betul seeloknya spend lebih selepas bersalin. Sbb utk bersalin sekejap je. Tp apa yang menentukan moment yang best adalah time waktu berpantang dan menyusu. Mse tu kite akan stress, penat sbb kali pertama kan jd ibu. Jd klu ade CL ke, memang sgt2 membantu.

Baca lagi

sy tgk kemampuan, sy sndri mmg nk swasta tp suami tak mmpu jd sy mmg tak kesah pun, sbb lepas berslin duit awak nk pakai lagi byk tau . sy berslin kerajaan alhamdulillah smua dpt yg baik baik , layan sy baik je . checkup anak pun kat kk alhamdulillah mmg smua bgus2 . mgkin dlu dia ckp mcmtu sbb kita ni tatau akn dtg jadi mcmnee kan . bila skrg mgkin ekonomi dia tak ok . if awak berkerja dan awak bole nk kluarkan duit sndri utk swasta , boleh je . tiada masalah .

Baca lagi

saya pun first baby sis. teringin juga nak pegi private or semi gov mcm ppum ke. tpi bila husband kata savings buat masa ni cukup hnya utk beli brg keperluan baby, brg berpantang sya dan utk CL , sya pun terima saja. no further question sbb sya sndiri tau mcm mana dia pulun cari duit. kdg2 sis. kalau nak bersalin swasta pun kna tgk juga .in terms of reputation hospital tu kna buat research juga pasal hosp tu .jadi utk memudahkan sya decide pergi kerajaan je .

Baca lagi

Sy pun mcm tu. Awal2 suami janjikan beranak kat hospital swasta sbb time tu kewangan masih ok dan stabil takde masalah. Sbb kitorang bisnes. Tpi dlm brp bulan drop mengejut, at the end sy beranak kat hospital kerajaan utk kurangkan kos. Alhamdulillah ok je takde masalah 🥰🥰 yg penting sy dan baby selamat dah cukup bersyukur bagi sy. Sy pun first mom dan takde lgsung pengalaman apa2. Umur pun baru 22 tahun mmg masih mentah la kata org 😬😬

Baca lagi

sis, untuk ketenangan sis, boleh jee masuk hosp gov n amik first class? don't stress ya mommy 🥹.. sokayy kalau tak mampu sekarang.. sebab lepas bersalin nanti lagi banyak nak guna duit🥹🥹.. doa banyak2 supaya dapat layanan baik dekat hosp gov nanti.. saya pun takut nak berharap sangat dengan suami untuk pegi hosp swasta sebab sebelum kawin pun dia cakap dia nak hantar pi swasta bila bersalin.. tapi hurm, lama2 kesian pula dekat suami..

Baca lagi

Dulu saya anak first pon rasa nak bersalin swasta . tapi alhamdulillah sekarang anak dah 3 , tiga² saya bersalin government. so far gov okey je sis semua nurse n dc baik² Dan sgt membantu . Duit bil hospital swasta tu lebih baik sis guna utk selepas bersalin. Lepas bersalin lagi banyak guna duit , kalau ada duit lebih ,,lebih baik gunakan untuk perawatan diri kita n baby selepas bersalin . Semoga dipermudahkan segala urusan sis

Baca lagi

Pendapat saya, Lepas bersalin lagi banyak nak pakai duit. Tu belum lagi kalau lepas lahir baby ada problem ke apa., jaundice tinggi atau kena on antibiotics ke, bila dh warded lama dkt hospital, lagi tinggi bil nk bayar kalau hospital swasta.. Kalau saya lagi suka melabur utk CL. Lagi berbaloi. Boleh pantang dgn lebih selesa.. Fasa berpantang lagi lama dari fasa bersalin tu.. Jadi boleh fokus lebih utk fasa berpantang...

Baca lagi