145 Balas
sy dua2 anak bersalin dulu kat hospital swasta, tp untuk anak ke tiga nie, awal2 nyer mmg rancang swasta jugak, tp bila da nk due, duit xberapa cukup....byk sgt dugaan dtg😌, awal2 mmg sedih, suami pom turut sedih sbb xdpt sediakan duit lebih...lg2 suami sy tau, sy trauma dgn doc lelaki kat hospital kerajaan...byk kali jugak nangis bagai, tp lama2, sy cuba untuk redha, cuba untuk positive kan fikiran, fikir yg semua yg jd tu ada hikmah...huhuhu... alhamdulillah, sekarang da boleh accept da, tunggu hari je nie nk bersalin...jd ibu start dari sekrang cuba doa byk2, cuba fikir positive, in shaa Allah...
Ikut kemampuan jangan kehendak. Awak kena fikir ke depan sama ya. Budget tight yang sekarang mungkin akan digunakan untuk masa akan datang kalau2 ada emergency anak sakit yang memerlukan kita berulang alik rumah-hospital. Semuanya perlukan duit masa tu. Masa berpantang awak pun perlukan duit untuk topup makanan/minuman pantang awak. Keperluan baby. Banyak sebenarnya 🙂 Berurut lagi and so on. Lepas bersalin lagi banyak pakai duit. Kalau awak nak jugak memenuhi demand awak. Awak tolong suami. Kerja cari jugak duit tepi yang tak membebankan awak. Tolong suami sama. Settle masalah tu. Fikir2kanlah.
saya pun survey swasta. tapi apa2 berkaitan bersalin & kelahiran baby ni, memang kena expect the unexpected and belajar untuk follow the flow. kalau tak boleh swasta yg mahal, cuba survey swasta yg affordable macam pusat bersalin. kalau tak boleh, cuba survey FPP. yg penting bukan swasta atau gov sebenarnya. tapi kita yg nak bersalin ni. saya bersalin gov tapi alhamdulillah saya boleh request certain things yg selalunya susah nak dapat kat gov. kena tahu apa yg kita betul2 nak, sebab apa nak bersalin swasta tu, apa yg penting bagi kita untuk proses bersalin tu nanti. then prepare diri dari situ.
macam saya, saya memang keluarkan duit sendiri untuk check up dan bersalin hospital swasta. Untuk 4 orang anak semua bersalin swasta. Kewangan suami memang tak mengizinkan, lagi2 bila dia dah takde income tetap. Macam saya, mungkin sebab sebelum2 ni memang bersalin swasta, so untuk anak yang last ni pon memang nak g swasta jugak. so bila dapat tau mengandung awal tahun ni, terus buat saving bulan2. Memang banyak pakai duit, tapi buat pejam mata jela untuk keselesaan sendiri. terpulang pada mommy sebenarnya, kalau mommy rasa berbaloi untuk spend duit untuk bersalin swasta, takde masalah pon.
ntah la sis, sye 2x czer kt hospital gov, semuanya ok je, doc n nurse smua baik2, siap bantu sye lg g toilet after bius hbs. mlm2 nurse amek ank bg sye tido lena, pgi2 subuh dorg anta balik dkt kita. hospital gov pun dh ade servis fpp mcm swasta , harga lg murah. fikir2kan la sis sbb lps bersalin lg bnyk duit nk pakai.
Saya pun survey hospital swasta. Tapi saya tahu kemampuan kewangan saya dan suami. Jadi, saya dan suami pilih hospital Kerajaan yg dekat, yg diiktiraf antara hospital bersalin terbaik, hospital mesra bayi (penyusuan susu ibu), hospital yg ada hampir semua pakar perubatan ada di situ dan sesuai untuk saya berisiko hamil. Lagi jimat sebab drpd bayar swasta beribu-ribu, lebih baik kita belanja untuk keperluan anak ibu ayah. ❤️
Aduh sis. Ikut kemampuan. X semestinya swasta tu bgus tau, doa minta dpt nurse doctor baik & mudah urusan. Pnglman ipar sy bersalin dkt swasta, msa nk bersalin tu tiba2 pula dorang sendiri pnggil doctor lain & ipar tu kna cas ribu2 mahal. Alasan sbb xde doctor dh msa tu. dh psl bertmbah2 kos, sakit juga nk byar balik. Xyah la nk bebankn, mmg beban pn sis. Lpas bersalin nti lg byk duit nk guna utk ank. Ukur baju d bdan sendiri & kna fhm kewangn masing2. Klu sy mmg sy bersalin je dkt krajaan. Lg 1 apa2 jd emergency ke mmg swasta akan hntr balik ke kerajaan juga.
sis bekerja atau tak ye? kalau suami je kerja. sy rasa sis pn kena consider pilihan suami. sbb sy pn mcm sis juga. plan nak bersalin kt swasta. tp lepas fikir2 balik. ni adalah 1st pregnancy & sy xd pgalaman lgi. so sy decide bersalin kt kerajaan. incase apa2 caj pun tak membebankan & duit yg saya save tu, sy tkr utk byr CL. sbb bgi sy lepas bersalin lagi penting. unless sis bekerja & willing to keluarkan duit sendiri, mgkn boleh ajak suami share2 kos. tp doa banyak2 sis dpt bsalin normal & tak banyak mslh supaya takd extra charge ap smua tu huhu
berlapang dada sis..terima kenyataan..mungkin suami awk rasa lepas bersalin nak sara anak lagi nnti..pampers baju susu anak semua pakai wang..bersalin mana2 pun tak kisah asalkan baby selamat..sy pun anak first ni bersalin bulan 11, masa awal2 mmg cdg nak bersalin di pantai hospital, tapi lepas tengok suami struggle kerja keras nak bagi kecukupan utk anak bini dy, sy sndiri yg nak tukar bersalin di hospital kerajaan sebb kesian tengok suami..so nasihat sy, pilihlah ikut kemampuan bukan kehendak..lepas bersalin lagi bnyk pakai duit nnti..
ukur badan sendiri je sis. macam saya suami cuba nak provide swasta tapi saya tak nak sebab gov okay je, takde masalah pon. alhamdulillah nurse and doctor dekat hospital saya ni okay sangat sangat. tiptop dari A sampai Z. tapi untuk side awak, asalkan suami awak dah provide apa yang patut, ikut kemampuan dari kehendak. sekarang ni hidup memang keras sikit. mungkin ada hikmahnya. kalau awak larat nak kerja untuk tampung kos tu takde masalah tapi jangan sebabkan nak selesa kejap awak sakit sakit time pregnant ni. tapi gov okay je sis..
Anonymous