Ectopic pregnancy tapi takda rasa sakit langsung
Saya sekadar berkongsi pengalaman untuk rujukan ibu2 disini juga ya. Saya baru dapat tahu berita ni semasa umur kandungan dah 8minggu, dimana upt hari2 check positive, tapi bleeding dari minggu ke 5, kuantiti tak banyak, takda rasa sakit langsung, tapi saya di sahkan ectopic pregnancy. Pengalaman mengandung baru2 ni, saya check upt positive masa bulan june, hari yg sepatutnya saya datang haid, tiba2 keluar macam spotting , dalam 3 hari kemudian dia berhenti, saya dah lega mmg tu spotting implantation sahaja. Yang membimbangkan selang seminggu kemudian saya bleeding semula, tak banyak dia macam kalau pakai pad tak kena pun pada pad, cuma masa buang air tu boleh nampak dia keluar macam period yg hari ke 3 ke 4 tu, tak banyak tapi dia on and off. Selang 3 hari dia stop, sehari tak bleeding, then esok dia keluar balik. Saya risau dan terus check dekat klinik. Doc terus scan dari bawah (tvs), sbb tau kalau scan abdominal mmg belum nampak apa masih awal 5minggu+. Kantung masih belum nampak, kemudian doc kata saya cuma early pregnancy, sbb upt saya masih positive jadi doc tak berani ckp saya miscarriage, rahim saya sedang membentuk ke arah baru nak menerima janin dan kantung, and yes masa doc masukkan tu takda rasa sakit langsung, jadi doc ckp saya bukan ectopic pregnancy, sbb kalau ectopic dah sakit teramat sangat masa dia check tu. Mula lah saya lega dan teruskan makan folic acid macam biasa, n repeat scan next 2 weeks dgn haraoan baby akan membesar macam biasa. Tiba masa next appt, 8 minggu, saya masih bleeding on n off, masih tiada rasa sakit, dan hari2 check upt masih positive. Tujuan saya check hari2 sbb doc kata kalau saya miscarriage, dalam seminggu dua upt akan jadi negative. Yg peliknya saya masih positive upt, jadi scan semula lepas 2minggu, sekali doc nampak kantung n jantung baby yg size dia ngam2 7-8minggu. Allahu rupanya baby membesar dgn sihat sbb dapat dengar jantung thru ultrasound, kuat bunyi nya 🥲 cuma later doc noticed something wrong yg kedudukan nya tidak berada molek2 dalam rahim, dia macam dekat pangkal rahim katanya. Immediately terus refer ke hospital pakar untuk confirmkan kedudukan baby. Scan dkt hospital pula, doc sahkan rahim saya mmg kosong dan nampak entity baby tu berada di luar rahim, to be sure dia kata dekat fallopian tube yg anytime je boleh burst. Sbb size dah besar sangat 8 minggu, dah boleh nampak ‘bentuk’ tgn dan kaki juga, doc pun pelik kenapa saya takda rasa sakit. Malam tu juga kena masuk OT operate utk remove baby melalui procedure laparoscopy. And yes, fallopian tube saya kena potong sbb size baby dah besar sgt kat sotu, dah tak boleh diselamatkan 🥲 yes saya kini tinggal sebelah sahaja fallopian tube yg berfungsi. Btw ni pregnancy kedua saya, yg pertama baby stop grow at 6weeks sbb saya kena covid masa tu, D&C masa minggu ke 12 masa doc dah confirmkan yg baby mmg dah tak membesar2. Yg kedua ni ectopic pula. Saya baru ada kekuatan nak tulis m share utk rujukan ibu2 yg lain disini, dimana nak ckp ectopic tu tak semestinya kena sakit, saya tak sakit tapi disahkan ectopic juga. Jadi siapa2 yg bleeding di awal kehamilan, cepat2 check dgn yg pakar ye supaya boleh detect awal kalau ye , dan boleh selamatkan fallopian tube awak at least. 🥲 in syaa Allah saya redha dan tawakal dgn ujian dan qada’ qadar yg tertulis buat saya, mohon selitkan doa agar saya dpt mengandung dengan lancar untuk ttc yg akan datang, baru setahun kahwin, 2-2 kali pregnancy tidak berjalan dengan lancar dalam masa setahun ni dan masih belum miliki zuriat 🥲 doakan saya masih ada rezeki ya terima kasih #ectopic #ectopicpregancy #bantusharing