UPT positive tapi bleeding
Ada tak mommies kat sini yg mengalami macam ni? Is it ok? Saya dah monitor upt since seminggu lepas mmg double line, tapi saya was was sbb rasa macam period, cuma tak keluar banyak, kalau pakai pad tu tak kena pun pada pad, cuma tiap kali masa buang air dia keluar sikit2 🥲 saya dah start ambil duphaston untuk langkah jaga2. Saya rasa macam minggu lepas saya dah kena spotting dah, minggu ni boleh kena spotting lagi ke? Nak scan masih awal baru 4-5w 🥺
Assalamualaikum sis, saya sama kes macam sis jugak baru² ni. Ada keluar spotting + bleeding lebih seminggu jugak keluar selang² . Tak banyak, kalau lap guna tisu baru nampak. Dr kata tu normal, saya just bedrest je seminggu lebih jugak laa. Lepas tu dah normal balik. Alhamdulillah tadi scan dah nampak kantung , baby n degupan jantung. Kandungan saya sekarang6w4d. Sis jangan risau ye, +ve je. Jangan stress, jangan buat kerja berat² sis kena banyak rehat. Melainkan kalau sis keluar darah beku macam tu dah xnornal kena pergi klinik/hospital. Kalau tak keluar darah beku, insyaAllah tak ada apa² . Sis rehat je okay. InsyaAllah semoga semua baik² saja.🥰
Baca lagiHi sis..spotting bergantung pada individu.ada yg ambik masa lama, ada yg ambik masa sehari dua ja..banyakkn rehat dn elakkan dr angkat berat..boleh start makan folic asid (duphaston utk precautions ja dn better Dr yg prescribe)..scan digalakkan selepas minggu ke5 utk cycle period yg normal..Jaga diri ok..Tahniah.
Baca lagiThank you sis, in syaa Allah jaga diri juga
hi sis. maaf tanya. macam mana pkembangan sis? sbb sy tgh alami sekarang
*bila dah nak dekat appt scan 8 minggu tu darah keluar makin banyak but still takdela sampai penuh pad, fresh blood+ketul2 kecik pun ada. Saya bukan nak takut2 kan ya cuma kongsi pengalaman kot2 boleh jadi rujukan untuk ibu2 lain disini. Kalau upt masih positive, tapi bleeding dalam masa yg agak lama, please check dekat hospital to confirm your baby’s position, make sure berada dalam rahim baru kita confident nak teruskan pregnancy. Semoga bleeding awak tak lama macam saya, but please confirm to check immediately tau kalau masih tak stop bleeding 💪🏻💕
hi awak, bedrest ya, jgn angkat² berat
Hi sis terima kasih ya 🥰 ni post lama bulan lalu, terkini saya nak update yg saya di sahkan ectopic pregnancy, alhamdulillah procedure semua selamat dijalankan potong dan remove baby dalam fallopian tube, saya redha atas ujian Allah SWT ini dan kini dalam recovery mode ❤️🩹 doakan saya ada masih ada rezeki untuk miliki zuriat ya walaupun dengan tube yg tinggal sebelah ni 🥰