Sekadar meluahkan..

Saya rasa saya dah kehilangan anak saya ketika kandungan saya baru sahaja nak masuk 6w.. bermula apabila saya rasa sakit perut seperti period pain pada minggu lepas, dan turun darah.. doktor diagnosed saya threatened miscarriage dan saya banyakkan rehat.. selama beberapa hari saya masih ada spotting berwarna coklat.. jadi pada ahad yang lalu saya telah ke klinik swasta dan tiada apa-apa pada imej ultrasound kecuali kantung yang bentuknya tidak cantik (menurut kata doktor) saya dapat duphaston untuk seminggu dan saya banyakkan rehat juga.. dan hari ini jam 3 petang, turun darah lagi sekali.. saya tak mampu lagi untuk fikir positif.. fikiran saya hanya ada "saya sudah kehilangan anak saya".. saya lebih kepada rasa bersalah terhadap suami saya yang sangat mengharapkan kehadiran bayi ini.. saya rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga bayi ini.. Sekarang saya hanya tunggu tarikh repeat scan.. walaupun saya sudah pasrah.. saya tetap nak tengok imej scan tu.. kalau betul dia sudah tiada lagi di rahim saya.. Semoga saya masih diberi kekuatan dan direzekikan kehadiran anak dalam hidup kami.. #firstmom

Sekadar meluahkan..
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Salam awk, sy juga mengalami bleeding & spotting sejak 6weeks, Alhamdulillah skrg kandungan sy dah nak masuk 15weeks, dan siang tadi baru je scan dgn doc O&G, Alhamdulillah baby membesar dgn sihat & kuat. 🤲🏻🥰 Apa yg sy nak sampaikan disini, selagi awk belum keguguran, berdoalah banyak minta pada Allah swt, supaya lindung baby yg berada didalam rahim kita, minta Allah izinkan anak itu hidup bersama2 kita, insyaAllah mudah2an Allah makbulkan 🤲🏻 Sebab doctor sendiri ada ckp pada sy waktu sy bleeding ituhari, doc ckp doc hanya mampu bantu melalui ubat-ubatan sahaja, ketika itu sy dpt ubat kuatkan rahim dan ubat kurangkan bleeding. Dan doc ckp walau mcm mana pun semuanya atas izin Allah, jika Allah izinkan baby ni hidup dgn kita, insyaAllah baby tu pasti akan membesar dgn sihat dan sempurna, sebab sy ckp pada doc yg sy nak sgt baby ni sbb dah 10thn sy tak pregnant 🥺 Lps doc ckp mcm tu, sy hanya berdoa bnyk2 pada Allah swt, dan sy tawakal sahaja dgn segala ketentuan Allah, sbb sy yakin perancangan Allah itulah yg terbaik buat sy dan suami, insyaAllah 😇 Mudah2an baby awk sihat2 sahaja, dan dipermudahkan segala urusan, selagi baby belum gugur, mkn je folic acid, minum susu dan jaga kesihatan ya 💝

Baca lagi
3y ago

Saya keluar fresh blood takde darah beku dan takde sakit perut, tp lps tu jadi spotting keluar lendir mcm keputihan tu, kdg2 warna darah kdg2 warna coklat2, mcm sisa2 period.