Sekadar meluahkan..

Saya rasa saya dah kehilangan anak saya ketika kandungan saya baru sahaja nak masuk 6w.. bermula apabila saya rasa sakit perut seperti period pain pada minggu lepas, dan turun darah.. doktor diagnosed saya threatened miscarriage dan saya banyakkan rehat.. selama beberapa hari saya masih ada spotting berwarna coklat.. jadi pada ahad yang lalu saya telah ke klinik swasta dan tiada apa-apa pada imej ultrasound kecuali kantung yang bentuknya tidak cantik (menurut kata doktor) saya dapat duphaston untuk seminggu dan saya banyakkan rehat juga.. dan hari ini jam 3 petang, turun darah lagi sekali.. saya tak mampu lagi untuk fikir positif.. fikiran saya hanya ada "saya sudah kehilangan anak saya".. saya lebih kepada rasa bersalah terhadap suami saya yang sangat mengharapkan kehadiran bayi ini.. saya rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga bayi ini.. Sekarang saya hanya tunggu tarikh repeat scan.. walaupun saya sudah pasrah.. saya tetap nak tengok imej scan tu.. kalau betul dia sudah tiada lagi di rahim saya.. Semoga saya masih diberi kekuatan dan direzekikan kehadiran anak dalam hidup kami.. #firstmom

Sekadar meluahkan..
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya faham perasaan awak . saya pernah pregnant tp gugur bermula spoting. saya pergi hospital . Smpai hospital saya da bleeding bnyk sgt tp doc buat tak layan sy je masatu . bg dorang sbb terlalu awal normal je . masatu sy dah yakin sy gugur . suami ofcoz sedih sbb dia berharap sangat . kitaorang tggu 2thun utk dptkan baby . saya buat buat happy je dpn dia ..taknk dia sedih tgk sy nangis tp dia ckp tkpelh takde rezeki . spnjg sy kluar drh tu doc just ckp " kalau sakit sgt dtg blik , kalau kluar ktulan dtg hosp" . saya pasrah je . sepanjang sy kluar drh 8 hri penuh pad mgalahkan period . Allah tak bg rasa sakit sikit pun . baiknya Allah pada saya tp muncul satu tanda tanya " boleh ke saya bg suami anak lagi , sdgkan yg first ni tggu lama nk pregnant". tpi kuasa Allah, dia bagi sy lagi pregnant tak smpai sbln sy gugur. sy terkjut sangat2 smpai takut nk bgthu sesiapa sy pregnant . fobia . masa 7w saya spoting sikit . sy cuak smpai nk ngis dah takut . alhamdulillah p klnik bby baik baik je , doc bg ubat kuat rhim .skrg dah 9w takde da spoting . sy smpai rasa tiap mggu nk pergi scan sbb terlalu takut dan risau pasal kandungan ni . sis ,jangan sedih okay , biasa org kata kalau gugur ni petanda tiub kita tak block dan kita boleh je pregnant smula . insyaallah sis, cepat lekat balik lepas gugur . doc kata jgk kat saya duphaston akn bantu kita stop drh jika kandungan kita tu sihat dia bantu untuk kuatkan rhim , dan dia akn bantu untuk keluarkan bby if kandungan kita tu tak sihat , kromosom tak okay ke . mcmtulah . mungkin Allah nak bg kembar next pregnancy . smoga baik baik je untuk awak ♥️

Baca lagi
3y ago

drh kluar 8 hri je masatu . lepas stop . sy bersama skli je masatu tup tup lekat . doc kata biasa ada kes mcmtu . if ada ovulasi time tu . mmg bole lekat . sy smpai skrg masih tak percaya .