Puasa time pregnant

saya pregnant now masuk 8 weeks. sepanjang bulan puasa ni dah turun 5kg sbb tak selera makan. time sahur dan berbuka mmg makan sikit je and tak makan nasi langsung. nak tanya pengalaman mommies puasa time 1st trimester mcmna. korang puasa full ke? apa tanda2 yang kita perlu buka puasa?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pun baru masuk 8 minggu. saya tak puasa pun awak. sebab bila puasa auto rasa loya nk muntah, badan jadi lemah. saya takde selera makan langsung. makan pun sikit. nasi langsung takleh makan. pening hari hari nak makan apa sebab tgk makanan semua tak lalu. kekadang rasa down sebab takleh makan sedangkan lapar gila. bila makan je muntah :(

Baca lagi
4mo ago

okay baik, saya cuba. terima kasih awak.

Sama, 6 weeks pregnant +bf anak, ade pernah try puasa ritu tapi tulaa lemahh sangat sangatt pastu manjang rasa nak muntah, mual. So takpuasa teruss tapi tulaa bila takpuasa ni langsung takde selera nak makan 😌 tengok makanan or terbayang makanan pun rasa nak muntah

hi kalau ikut apps sy pun dah 8 weeks. puasa tahun ne dah 4kali berbuka awal sebab sakit kepala yang teruk. kalau larat puasa teruskan dan sebaliknya. hope semua momy diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan ini. Aamiin

Alhamdulillah saya puasa full. Makan pun berselera. Buat susu kurma pun okay jugak, sangat kenyang. Tapi depends on your body. Jangan paksa, kalau tak larat puasa takpe buka je puasa. Takut memudaratkan diri

4mo ago

Saya letak mindset makan utk diri dan juga kandungan. Rasa makan dah banyak tapi bila pergi clinic berat turun pulak. Btw saya pun baru 8 weeks. Semoga kita semua dan baby diberi kesihatan yang sihat sentiasa ❤️

saya pun dah 8 weeks full puasa, tapi takde selera makan juga, buka puasa ada selera sikit tapi sahur mmg takde selera makan roti minum susu je, sepanjang waktu puasa pening dan penat sikit lah

Sy puasa full Alhamdulillah.. depends on ur body.. If u dont feel ok, berbuka je..but no harm trying.. Make sure sahur makan makanan yg berkhasiat n ambik kurma, thats my key to puasa

alhamdulillah buat masa ni sy masih puasa penuh . . cuma bila dah petang² tu tenaga pun dah hbis . . so sy bnyak berbaring je. . plus sy x mkn banyak minum air pun so so je. .

Sy x dpt nk puasa penuh.. ada hari sy brtahan sy brtahan.. ada hari x blh brtahan sy brbuka je.. sbb pening kepala dgn rsa loya bila perut kosong..

4mo ago

Sama sis,5w kadang2 pening sangat rasa loya . Kalau mampu sy puasa, kalau xlarat sangat terpaksa berbuka.

Alhamdulillah,setakat ni puasa penuh lagi,cuma kerap mual² je...masa sahur tu sy makan buah² je dgn air mineral...sis boleh try cuba...

saya 6 weeks lebih tak mampu dah puasa. loya teruk makan pun tak selera. tak puasa ni pun tak lalu nak makan mampu minum je la at least