Sakit jarang2 di bahagian bwh perut

Saya preggy 6w3d.. 2bln lps buka buku pink masa kandungan 5weeks.. after that masa kandungan 6w1d sy gugur... Skrg sy ada msg nurse bila blh buka buku pink sbb sblm ni ada history gugur kan... Nurse bg tarikh suruh pergi kk time kandungan cikup2 9weeks...mslh skrg.. sy ada rasa sakit2 sikit dkt bahagian bwh perut... Tp jarang2 la.. xselalu... Perlu ke sy segerakan pergi kk? Sy sbnrnya risau... Takut sejarah lama berulang..??

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Berdasarkan keterangan anda, pihak saya memahami kebimbangan puan. Namun begitu, saya nasihatkan agar puan tidak terlalu risau atau stress kerana tekanan juga boleh memberi kesan kepada kandungan. Rasa sakit pada bahagian bawah abdomen adalah sesuatu yang biasa berlaku kepada ibu hamil kerana rahim yang sedang mengembang. Namun begitu, jika anda masih risau atau ingin mendapatkan lebih kepastian, tiada masalah untuk anda merujuk ke klinik pada tarikh yang lebih awal. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi