Suami salahkan saya baby reject botol susu

Saya pjj dengan suami. Anak kami hantar taska. Memang ada masalah penerimaan botol sejak baby dah cerdik boleh beza puting botol dan puting ibu dia. Setiap kali saya pulang tu la saya dengar ayat dia "next baby kita ajar full botol. Tak payah breastfeeding dah. Tengok baby yang ni dah jadi susah terima botol sebab sayang duk menyusu badan" Masalahnya saya ni dah banyak kali mintak tolong dia tengokkan baby sebab saya nak pam, tolong basuh dan keringkan botol susu, tolong bancuh susu tepung, tolong belajar pasal ebm, belajar pasal cara bagi susu kat anak. Semua tu dia ambik ringan. Banyak benda dia boleh tolong tapi yang dia pilih ialah salahkan saya baby susah terima botol. Dia tak faham ke saya perlukan pertolongan dia??? Memang lah kat taska dia ok je minum, teacher dia la cakap. Minum jugak la bila betul-betul lapar. Tapi takkan la as parents takde effort nak latih bagi botol. Botol susu pun saya beli pakai duit gaji saya sebab dia mmg tak mampu nak beli. Susu tepung pun mestilah duit saya. Sterilizer dryer semua tu duit saya. Semua saya. Salah pun salah saya. Dia kata "breastfeeding ni untuk surirumah je" Tercalarnya maruah saya sebagai ibu. Saya ada susu badan, mesti saya nak rasa memberi susu secara direct feeding. At the same time saya nak ajar botol jugak. Biar baby pandai dua-dua. Tapi ni lah yang saya dapat. Disalahkan. Bukannya orang nak tolong. Saya geram nak bagitahu dia saya tak nak beranak dah. Cari perempuan lain lah kalau nak baby lagi. Kecewa? Sangat. Saya menaip ni pun saya tengah baring kat bilik lain. Saya biar je dia tidur dengan baby. Kalau baby lapar pandai-pandai lah dia buat susu. Dah taknak saya breastfeeding kan. Lebih baik tak payah balik jumpa dia. Biar je lah saya mereput bersama baby sorang-sorang. Ada suami pun kerja nak menyalahkan lepastu asyik tanya nak kena buat apa nak kena buat apa. Bila cakap nak kena buat apa bukannya nak buat pun!

6 Balas

TapFluencer

Laki awk ni kurang education dan pendedahan. Pastu malas plak tu. Sorry to say lah. Kalau bodoh boleh belajar. Kalau malas tak dapat tolong. Sila duduk dgn dia berbincang. Pjj kan? So dia mmg tak tau langsung pasal menyusu dan mmg tak nampak kesusahan awk yg jaga baby. Kalau sygkan lagi relationship tu, duduk dan bincang. Terangkan kepentingan penyusuan badan dan khasiatnya pada baby. Nak ingat susah susah mmg la susah. Tapi bukan takde penyelesaian langsung kata kat dia. Marriage is partnership. U guys need to know korang punya roles masing2. Susu badan hanya untuk surirumah? Apo camtu pun boleh. Dedahkan dia dgn benda2 ni and share apa yg patut. Apa kata lepasni biar dia pulak yg dtg kat awk? Penat sis kalau semua awk nak effort sensorang. I dgn husband dulu pun sama juga kengkadang member bising gak bila anak rapat dgn i sbb dah develop seperation anxiety. Sebab dia nak tlg tidurkan anak payah kalau i nak buat kerja. TAPI initiative dia tu I appreciate. Then i cakap la skrg je dia nak manja dgn ibu. Nanti dah lepas dua tahun dia cari ayah dia, i pulak yg susah nak tidurkan dia. Again sis, partnership. Jadi awk kena duduk dan discuss.

Itulah sis dia macam anggap semua tu remeh dan penyusuan ialah 100% kerja saya. Penat sangat. Nak kata dia penat kerja, saya pun kerja at the same time saya jaga baby, susukan, mandikan, basuh dan keringkan botol malah saya pam juga.. tapi sepatah terima kasih pun takde. Sayang memang sayang tapi kecewa yang amat sangat. Bila saya nangis pandai pula dia cakap "sayang salah faham" yelah semua salah saya termasuk salah faham..

apapun yang berlaku sentiasa bersahabat dgn anak. kalau rasa marah dgn suami pun ambil je anak tu susukan. dia nak jaga atau tak itu urusan dia dgn Allah. puan kena kuat ya. kuatkan diri. kerana Allah tetap mencintai Puan. letakkan dalam diri Allah adalah segalaNya. jaga anak sebaik nya. kerana itu anugerah yang tidak ternilai. letih itu biasa Puan. anggap anak itu sahabat Puan.. Allah tetap bersama Puan dalam apa situasi pun. smga sentiasa diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. jgn kerana suami yg tak cerdik tu, anak kita menjadi mangsa. menangis kelaparan sbb kita marah kat suami. kuat ya Puan. rasanya semakin kita kuat semakin kita nampak tak peduli dgn provokasi suami dia akan jd lebih berfikir melainkan jika dia mmg seorg yg hanya pentingkan diri. sayangi diri ya Puan, sayangi anak kita dan Allah menyayangi kita sentiasa. ❤️

Terima kasih puan. Menitis air mata saya baca komen puan. InshaAllah saya kuat.. demi anak.. hari-hari saya doakan dia mudah minum dari botol susu di taska. Dengan saya takpelah saya susukan direct shj. Saya tetap tak putus asa ajar dia botol cuma kalau meraung sangat saya tetap bagi direct feeding. Kesian pula.

Kalau saya jadi sis, saya send apa yg sis luah ni kt dia biar dia baca & hadam kan. Beli botol & fm pun guna duit wife padahal tu tanggungjawab dia. Tak malu & red flag. Dia ingat mental kita ni tak koyak ke kalau jd epmom. Kalau reti ckp je tanpa bagi duit, mmg see you in court lah. Saya dlm pantang pernah koyak jugak la mental sebab husband. Mmg saya mengamuk & whatsapp dia borang cerai. Time tu dah tak kisah dah sbb sakit hati sgt. Apa nk kisah saya kerja ada aset sendiri kan. Baru lah husband terkebil2 & buat semua keje rumah. Sampai skrg anak dah besar pun dia yg basuh botol cuci pam semua

bila bab susukan anak 'kerja ibu' jd gini la. sedangkan tanggungjawab bg anak makan tu letak kat ayah. sy tabik ibu ayah yg mengepam. mcm kakak ipar sy, dia cg anak dh 18m masih bf tak pernah fm langsung, abang sy pun keje jgk. kakak ipar urus keluarkan susu je yg lain semua abang yg urus termasuk bagi susu kat anak. bila dah start keje pun sama abang yg uruskan ebm masuk botol masuk beg semua. balik keje @ hari minggu df je. or kakak ada kerja pam & abang yg susukan anak

Tak boleh bayang pjj dengan anak huhu.. saya hantar anak ke daycare pun dah menangis setiap hari sebab rindu.. tambahan lagi suami tak mampu handle anak sorang.. sikit-sikit nak hulur kat saya sebab nak puting padahal anak tu nak ditenangkan je..

Suami ckp mcm nie sbb dye x paham.. sbb korg pjj.. dye x nmpk segala proses yg blaku.. klu dye ade swaktu dlm pantang smpi skg bru la dye paham.. betapa susah nye nak df, ebm, bg formula.. lg stress ble pndai mngarah je tlg nye x..

org pjj husband kena hadap tu hari2, yg pjj sah2 la bila jumpa je💆‍♀️💆‍♀️ migraine mak buat compare tp tk fikir ke😅 kami tk pjj husband sy stop terus dah sebut pasal tambah anak walau dah dekat 2y dh anak skrg ni.. kalau tanya pun nanti dijawab nanti dulu la nak rehat

malas yg menyusahkan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan