berat badan
saya nk tnya mcm mana nk naikn berat badan ye? kerang bole naikkn ke? berat saya 38 je. 18 weeks nnti kena jumpa doktor pakar. sebelum jumpa doktor ada tk tips? skrg saya baru 11weeks.

Kerang sahaja tak naikkan berat badan. Makan makanan tinggi protein dan lemak sihat dan serat sayur. Saya pernah underweight sari 62kg ke 42kg. Sikit-sikit naik hingga ke sekarang 51kg. Dah 3 bulan berturut 51kg. Tak underweight dah. Saya ambil lebih portion protein dan lemak sihat, serat sayur kena lebih juga. Contoh :Telur adalah sumber protein dan lemak sihat. Kalau biasa ambil sebiji telur, nak tambahan berat, ambil 2 biji telur Gred A atau Gred B. Kalau Gred C, ambil 3 biji telur. Tu yg saya buat. Kudap2, saya makan kacang tanah goreng air fryer. Nak merasa kek, saya buat kek/ muffin drpd tepung almond. Sumber protein dan lemak sihat. Kadang saya makan cheese tatura macam tu je 😅 50g ke 100g. Makan dgn kacang. Kadang buat kek. Ni tak kerap lah. Cheese kan mahal. Sumber lemak sihat. Sunglo. Yogurt Greek saya makan juga. Buat aiskrim. Ni pun jarang sbb mahal jugak kan. Sumber lemak sihat.
Baca lagi


seorang ibu ❣️