Suami/Isteri bekerja
Hi, saya nk minta pendapat, saya merupakan suri rumah yang menjaga anak yg jenis "high demand" (tak nak dengan orang, sentiasa nak ada depan mata dan berdukung) walaupun anak sudah berusia 1 tahun lebih.. Dulu, life saya ialah always working.. sejak ada anak, saya terpaksa berhenti kerana tiada pengasuh yg mahu mengasuh anak saya yg bersifat "high demand" dari lahir. Selepas berhenti kerja, saya merasa sgt bosan dan kadang kala, mental tidak kuat kerana menjaga anak yang sentiasa tantrum. Ayah dia lebih sabar melayan dia dan sangat rapat dengannya berbanding saya yang menjaganya di rumah kerana saya agak kurang sabar dengan sifat tantrum dia. Memandangkan ekonomi keluarga saya sekarang tidak stabil kerana suami saya bergaji agak rendah dan kebetulan saya mendapat tawaran kerja baru dengan gaji yang lebih stabil dari suami saya, apakah pendapat anda, jika suami saya menjadi suri rumah dan saya bekerja semula buat masa sekarang? Pada saya, dia amat sesuai menjaga anak saya kerana sifatnya yang sabar dan mempunyai mental yang kuat, sedangkan saya emosi selalu tak menentu. *Bukan tak mahu menghantar ke pengasuh, tetapi telah mencuba mencari yg sesuai untuk anak saya, namun tiada siapa yang mahu menjaganya kerana sifatnya, kerana dia mahu saya atau ayahnya sahaja* ~bila anak saya dah okay, pasti 2, 2 akan bekerja juga. #pendapatpositif ##SeriusTanya