Baru seminggu berpantang saya dah jadi hampir gila

Saya ni first mom Berpantang sendiri je dengan suami tapi MIL kadang-kadang datang juga Dah hampir seminggu pantang saya dah meracau-racau menangis kat bahu suami Mak mentua saya ni...entahlah Semua serba tak kena.. nak dictate itu ini Sampai lauk berpantang pun dia sibuk nak masuk campur Paksa-paksa saya makan ikan haruan lah apa lah Saya ni beranak czer dan doktor dah larang jangan makan haruan Dia sibuk pertikai doktor tu and dia cerita lah dia makan ikan haruan tak jadi apa pun, makin elok ada lah (dia pernah kena operate buang rahim sebab ada cyst) Saya ni tak makan ikan haruan.. memang tak makan Dia sibuk cakap "oh dulu aku telan je makanan pantang tu" Masalahnya sebelum beranak lagi saya memang tak makan! Dia macam tak faham bahasa. Kalau dia datang dia sibuk la cakap suami saya dan saya ni lembab sangat buat kerja tukar baju baby apa semua Kami first time parents memang lah slow sikit sebab nak adapt dengan benda baru macam ni.. dah biasa nanti zap zap laju la Ni duk bebel bagai. Rasa nak tampar je muka dia biar dia senyap. Saya ni dengan penat ulang alik KK sebab anak jaundis, luka czer lambat baik bagai nak kena hadap bebelan dia pulak. Rimas. Harini dia datang time saya tengah menyusu dia sibuk arah-arah saya bagi anak saya minum air masak guna botol susu. Bodoh ke apa? Baby kena fully minum susu ibu sampai 6 bulan kot? Saya kata saya taknak. Tau dia cakap apa? "Engko taknak bagi nanti mati keras anak kau baru tau" eh eh mulut... Saya melawan, saya kata "saya ni bukannya bodoh. Saya belajar jugak" Dia kata "yang kau belajar tu lain" Mulut saya ni dah geram sangat nak kata "jangan jadi bodoh lah" tapi saya sabar.. saya ingat saya boleh pendam lagi.. Duk paksa-paksa saya ajar anak guna botol bagai. Anak saya baru seminggu kot? Sabar lah??? Anak saya susah tidur dia kata saya yang biar anak saya tidur siang Ya Allah.. orang tua ni.. saya menyusu setiap 30 minit - 1 jam kot bukannya saya tak bagi dia tidur langsung. Saya kena susukan sebab anak saya kuning tinggi. Petang tadi saya terus meletup saya kata kat suami saya "tak payah datang dah" Lepas tu saya terus meracau 😭 saya dah tak tahan sabar Saya kata "kalau saya tahu macam ni saya nak berpantang dengan mama saya" Suami saya pulak minta maaf. Sepatutnya mak dia tu kena belajar faham bahasa. Saya dengan penat tak cukup tidur sebab menyusu kerap, puting sakit, luka czer tak terjaga lagi, kena hadap mulut puaka. Saya nangis tak berhenti. Sebab semua serba tak kena. Geram nak mengungkit macam-macam. Tapi yelah. Mak suami sendiri. Berkali-kali saya minta maaf kat suami sebab saya mmg tak suka mak dia. Saya takde niat nak kurang ajar tapi saya tak tahan. Saya rasa lebih baik saya bawak lari anak saya dan bagi dekat sesiapa. Biar saya mati. Baru nak diam agaknya.

46 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy dulu soft je bila mil dh melampau sy tegas ye saya sembur je tk hirau kita sabar pon pkir hormat tp bila trpaling beranak ramai trpaling org dulu2 ni mmng sy pantang. Skrg zaman dh lain mknn pon mcm2 dh apa tah lgi cara perubatan, sila la move on dengan zaman.. kita ibu moden pon kita bljr moden dh tradisi atas badan kita menerima.. jngn la nk ikut cara dia je beza badan tau.. smoga sis kuat jngn layan kn sngt .. sy ni lama2 meluat malas layan bnde remeh org dulu2 ni nk nasihat boleh jgnn memaksa

Baca lagi