Saya Ayah

Saya ni daddy. Hi mummy2.. Nak minta pendapat, wife saya sekarang masuk 13 weeks. Tapi dari awal kandungan lagi sampai sekarang, x dapat berhenti berludah. Air liur banyak. dia kata kalau telan, buat muntah. ke hulu ke hilir bawa beg plastik untuk buang ludah. Lagi satu wife saya gastrik teruk. kadang klu gastrik sampai muntah. ada mummy sini yang sama simptom?? apa petua atau cara boleh dikongsi.. ??

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sya skrg 14 weeks..sya start meludah dari 6weeks ..biasalah perkara ni..akan hilang lama kelamaan..sabar sahaja...tentang gastrik pula hilang dah lepas sya jadualkan cara makan sya..tak berminyak,pedas,asam.dan sya ada makan ubat gastrik..2/3 kali makan baik dah.skrg tak amalkan dah ubat tu..penting jaga pemakanan.

Baca lagi

Hi saya tiga2 anak mmgtak leh telan air liur bawa bag plastik je utk meludah..kadang2 makan gula2...saya faham sgt keadaan isteri encik tu ...

5y ago

Lama juga nak hilang sampai dekat 16 minggu huhuhuhu..sabar la ye....mmg kena ludah je..air liur pulak banyak ..bawak plastik banyak buat spek..mmg geli dan rasa pengotor sgt hahahh

Sama mcm sy, cara sy nak kurangkan kerap makan biskut jacobs, kurg skit nk muntah n meludah😀

Time pg klinik ada tnya doctor tak..