Cara Baby belajar mengikut umur

Saya nak tnya mommies semua . Cara belajar mcm mana utk baby ikut umur . Saya ada tgk dr sheik muzzafar ajar anak guna kad warna tu seawal 2bulan dia dah ajar anak dia . Sapa boleh advice baby 3bulan boleh ajar apa ya?

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Semasa berpantang kadang2 saya baring sebelah baby dan pegang buku baca sebelah dia... Umur 3bulan baby dah boleh meniarap, boleh pegang2 saya bagi dia main flash kad, pegang2 buku, tunjuk dan baca dengan dia... Yang pasti lain anak lain perkembangannya... Macam anak saya yang no.1 sekarang umur 3tahun, memang suka membaca, suka dengan buku... Kadang dia sendiri yang ambik buku baca, buat homework... Dah kenal 123 abc alif ba ta... Anak no.2 umur 10bulan, dia lebih suka bermain... Tapi saya belum boleh pastikan macamana keadaan dia sebab dia oku-kurang pendengaran... Sis boleh mula slow2... Nanti kita boleh nampak minat anak tu ke arah mana... Moga anak sis membesar jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat

Baca lagi