Sakit perut tak selesa
Saya nak tanya saya preggy 6minggu esok 6minggu 1 hari. Tp skrg perut saya macam tak selesa kenape ye? Dia mcm masuk angin mcm nk muntah pon ada. Tu normal ke ?

Salam sejahtera puan. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perut anda merasa tidak selesa ketika hamil, antaranya adalah: Sakit pada bahagian bawah perut disebabkan oleh saiz rahim yang semakin membesar Sakit pada bahagian tengah atau atas perut boleh disebabkan oleh asid refluks akibat injap perut yang mengembang serta rahim yang menghimpit perut. Selain itu, anda juga akan lebih mudah merasa kembung atau masuk angin akibat paras hormon yang tinggi ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan anda kembung. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi


